Alhamdulillah wa syukrillah, marilah sama-sama kita mengucapkan setinggi
kesyukuran di atas segala nikmat dan rezki yang telah ALLAH SWT limpahkan
kepada kita semua.
Hari ini kita tambahkan lagi kefahaman tentang apa itu PROPOLIS Lebah
Kelulut. Amat rugi sekiranya kita tidak mengambil peduli tentang sumber ubatan,
penyembuh dan penawar asli yang boleh diperolehi dari sarang lebah terutamanya
madu dan propolis. Berbanding dengan lebah madu biasa, lebah kelulut mampu
menghasilkan jumlah propolis yang jauh lebih banyak malah lebih berkhasiat dan
ianya boleh didapati di sekitar sarangnya.
Sejak beberapa tahun yang lalu, setelah para pengkaji saintifik menemui
khasiat dan keberkesanan propolis, ianya banyak dimanfaatkan oleh masyarakat untuk
mengatasi pelbagai penyakit, sedangkan sebelum ini, propolis pada sarang lebah
dibuang begitu sahaja kerana dianggap kotor.
Propolis berasal dari getah, damar atau resin pokok yang dikunyah oleh
lebah bersama air liurnya dan menggunakannya untuk menampal sarang sebagai
penghalang kepada benda asing dan penceroboh daripada masuk ke dalam sarang.
Lebah menghasilkan propolis untuk mensterilkan sarang. Propolis kaya
antioksidan, mencapai 9.647 atau 403 kali lebih banyak berbanding limau. Selain
itu propolis mengandungi jumlah fenol 135.68 (320 kali dibanding dengan epal).
Propolis mampu membantu proses penyembuhan pelbagai penyakit termasuk
kanser, antara lain kerana kandungan gabungan antioksidan dan imunomodulator.
Antioksidan mengatasi radikal bebas (contohnya virus penyakit, bakteria jahat, toksin
dan sebagainya), sedangkan imunomodulator meningkatkan sistem kekebalan tubuh
di mana ketika kekebalan tubuh meningkat, maka tubuh mampu melawan penyakit.
Propolis mengandungi nutrisi yang sangat lengkap dan kaya kandungan
antibakteria, antikulat dan antivirus sehingga dapat digunakan untuk mengatasi
diabetes mellitus (kencing manis), strok, hepatitis, kanser, hipertensi, tuberculosis
(TB), batu karang dan HIV/AIDS.
insyaAllah, dalam posting yang akan datang, kami akan menceritakan
dengan lebih terperinci tentang keberkesanan propolis melawan pelbagai jenis
penyakit kronik seperti kanser, denggi berdarah, diabetes mellitus, tuberculosis
(TB), kegagalan buah pinggang dan sebagainya.
Sumber rujukan: Trio Herbal, Dulu Dibuang, Kini Dicari.