MADU KELULUT SYAMILLE - TERBAIK UNTUK ANDA

MADU KELULUT SYAMILLE - TERBAIK UNTUK ANDA

We are an established Commercial Beekeeper of Kelulut Bee/Stingless Bee/Trigona Bee in Malaysia, producing the finest grade, high quality honey and propolis products that are rich in anti-oxidants, anti-fungal, anti-bacterial and anti-inflammatory. The honey is light in color with delicious sweet & sour fruit taste. These honey and propolis are naturally suitable to cure illnesses through traditional treatment methods such as diabetes mellifluous, stroke, hepatitis, cancer, hypertension, kidney stones, gout, cough, etc. In terms of nutritional value and benefit, it is very much better than the normal honey.



Pengedar produk Madu Kelulut jenama SYAMILLE dikehendaki untuk seluruh Malaysia. Hubungi PEJABAT KAMI 05-7520209.


Untuk mendapatkan senarai Pengedar yang berdekatan, sila Hubungi PEJABAT KAMI 05-7520209.

SEGALA yang diciptakan Allah sudah pasti tiada yang sia-sia. Antara ciptaanNya yang amat istimewa adalah lebah. Sesungguhnya lebah diletakkan pada kedudukan amat penting berbanding serangga lain.

Tidak hairan jika satu surah di dalam al-Quran dinamakan An-Nahl bererti lebah berdasarkan firman Allah dalam ayat 68 dan 69 ertinya: “Dan Tuhanmu mengilhamkan kepada lebah: Buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di pohon-pohon kayu dan di tempat yang dibuat manusia.” “Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Tuhan) bagi orang-orang yang memikirkan.”

Madu berasal daripada sari bunga dan menjadi ubat bagi pelbagai penyakit manusia.
Khasiat madu sebagaimana disampaikan al-Quran telah dibuktikan secara ilmiah oleh pakar perubatan.

Sehingga kini kajian hanya menjurus kepada lebah madu dalam Genus Apis seperti Apis melifera dan Apis dorsata yang menyengat.

Manakala lebah tidak menyengat atau Kelulut dalam genus Trigona memainkan peranan penting bagi proses pendebungaan ditinggalkan.

Sama seperti lebah madu, kelulut juga membentuk koloni sosial yang kompleks.
Kajian dijalankan di Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) menunjukkan negara mempunyai kepelbagaian kelulut paling banyak berbanding negara Asia lain.

Pegawai Penyelidik, Pusat Penyelidikan Strategik, Mohd Fahimee Jaafar berkata, di Semenanjung Malaysia saja terdapat 29 spesies kelulut manakala jumlah spesies di Sabah dan Sarawak tidak dapat ditentukan. “Di MARDI saja terdapat 15 spesies dan boleh dibahagikan kepada tiga iaitu besar, sederhana dan kecil,” katanya.

Kajian Mohd. Fahimee banyak dibantu oleh Pembantu Penyelidik, Hamdan Sipon yang telah menjalankan kajian kelulut selama lebih 10 tahun. Fahimee berkata, usaha pemuliharaan spesies kelulut di lapangan giat dijalankan di MARDI bagi tujuan penyelidikan dan pendidikan.

Kelulut biasanya terdapat di hutan dan bersarang pada batang kayu yang telah ditebang.

“Beberapa sarang direka di ladang di Serdang bertujuan memanipulasi koloni bagi pendebungaan beberapa spesies buah-buahan serta buah-buahan dengan bunga kecil dan penghasilan madu.

“Kepelbagaian kelulut boleh dilihat menerusi bentuk sarang,” katanya.

Koloni kelulut di MARDI diletakkan di ladang durian, belimbing dan longan sebagai agen pendebungaan yang berjaya.

“Misalnya ladang durian yang mempunyai koloni kelulut menunjukkan peningkatan hasil dan sentiasa berbuah tidak mengira musim,” katanya.

Lebih istimewa, lebah kelulut mudah mendebungakan bunga bersaiz kecil yang tidak boleh dilakukan lebah madu. Bagi tujuan komersial, koloni kelulut diletakkan dalam kotak yang boleh memuatkan 1,000 hingga 2,000 ekor.

“Dalam masa sebulan hasil kelulut sudah boleh dituai dalam bentuk madu, debunga dan propolis dan pengambilan madu lebih mudah kerana kelulut tiada sengat,” katanya.
Kelebihan kelulut adalah madunya boleh diambil setiap bulan apabila kotak sarang telah penuh dan madu berada di dalam kantung-kantung kecil.


“Sama seperti lebah madu, kelulut juga menghasilkan madu dan propolis yang kaya dengan khasiat seperti antioksidan yang tinggi. “Madu kelulut rasanya agak masam berbanding madu biasa dan warnanya lebih cerah,” katanya.

Madu kelulut lebih mahal dibandingkan dengan madu lebah biasa kerana kurang di pasaran.

Produk propolis berwarna kehitaman dikumpulkan oleh kelulut pekerja iaitu resin pokok yang dicampurkan dengan air liur serta makanan seperti debunga dan bunga.
Bahan propolis digunakan untuk melapisi bahagian dalam sarang bagi mengekalkan keadaan steril kerana anak kelulut amat sensitif dengan virus, kulat dan serangga perosak.
Propolis boleh berfungsi sebagai antikulat, antifungus, antibakteria dan antiradang yang biasanya digunakan sebagai bahan aktif dalam kosmetik, krim dan tablet.

Kelulut mudah diuruskan kerana tidak seperti lebah madu yang sering hilang, tidak tinggal di sarang serta mudah diserang penyakit.

Sumber: Blog MARDI


Alhamdulillah. Pada hari Jumaat, 22 Februari 2013 yang lalu, ladang ternakan lebah kelulut di Syamille Agrofarm & Resort telah dikunjungi secara rasmi oleh rombongan pegawai-pegawai dari Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) dan RISDA, yang diketuai oleh Dato' Nursiah Arshad (TKSU-KKLW). Kami berkesempatan memberikan penerangan tentang semua aktiviti yang dijalankan di sini dan membentangkan cadangan projek bagi mengadakan program Orang Kampung Menternak Kelulut. Sebelum dari itu, KKLW telah memilih dan melantik Syamille Agrofarm & Resort dengan secara rasmi sebagai MENTOR projek penternakan kambing negeri Perak. Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada warga KKLW dan RISDA yang telah sudi meluangkan masa berkunjung ke tempat kami ini.

Selamat Datang
Restoran
Dato' Nursiah bersama pegawai KKLW dan RISDA
Pentas Utama Dewan Taklimat
Pembentangan Cadangan Projek Orang Kampung Menternak Kelulut
Lawatan Sambil Menyaksikan Keunikan Binaan di Sini
Kawasan Pejabat dan Pusat Jualan Madu & Propolis Kelulut
Dato' Nursiah Meneliti Produk Madu dan Propolis Kelulut
Barisan Produk Madu dan Propolis Kelulut Syamille
Meninjau Kawasan Koloni Lebah Kelulut
Penerangan Terperinci oleh Tn. Hj. Zainuri
Menyedut dan Merasai Keaslian Madu Kelulut Terus Dari Koloni
Turut Dirasai oleh Semua Ahli Rombongan
Singgah di Pusat Nurseri Pokok Bunga Ros
Bilik Penginapan di Hadapan Kolam Ikan
Kemudahan Penginapan Chalet Semi-D
Binaan Rumah Yang Indah
Permandangan Di Tepi Anak Sungai
Laluan Masuk Ke Kawasan Ternakan Kambing dan Lebah Kelulut
Kandang Ternakan Rusa
Laluan Ke Kawasan Penginapan
Bangunan Dewan Serbaguna
Mengakhiri Lawatan Serta Menikmati Hidangan Sup Kambing Syamille




Pengedar Produk Madu Kelulut jenama SYAMILLE dikehendaki untuk seluruh Malaysia.

Syamille Agro Farm Sdn Bhd di Kuala Kangsar, Perak, adalah penternak komersil lebah kelulut yang berjaya menghasilkan madu kelulut asli yang bermutu tinggi dan penuh berkhasiat.

Pada masa ini, produk makanan sunnah, halalan toyibban penuh barakah dan hikmah, menjadi carian dan pilihan utama rakyat Malaysia untuk tujuan penjagaan kesihatan serta mencegah dan merawat berbagai jenis penyakit, bagi menggantikan ubatan klinikal yang kebanyakannya berasaskan bahan kimia/dadah.

Bagi memenuhi permintaan yang tinggi, kami telah meningkatkan hasil pengeluaran madu kelulut dan kini membuka peluang kepada mereka yang berminat dan bersemangat untuk menjadi pengedar rasmi produk kami.

Madu kelulut kami adalah asli dan tulen, tidak diproses, tanpa bahan pengawet, tanpa bahan campuran dan tanpa bahan perisa mahupun bahan pewarna. Bagi menjamin keaslian serta ketulenan madu dan propolis lebah kelulut kami, kerja-kerja penuaian, penyimpanan, pembungkusan dan pengedaran utama dikawal selia dan dilaksanakan sendiri oleh pihak pengurusan Syamille Agro Farm.

Kami melantik dan berurusan terus dengan pengedar dan sebagai permulaan, kami menggalakkan pengedar menghadiri sesi taklimat dan latihan yang kami sediakan di ladang ternak supaya memperolehi pengetahuan tentang produk kami dengan lebih mendalam.

Kepada Tuan/Puan yang berminat menjadi pengedar rasmi bagi kawasan/zon tertentu, samada secara sambilan mahupun sepenuh masa, sila berikan alamat email ataupun no tel ke kelulutmalaysia@yahoo.com atau 019-7318141 untuk kami hubungi semula dan menyampaikan maklumat tentang syarat menjadi pengedar.



 


MADU KELULUT berasal daripada sari bunga yang kaya dengan khasiat seperti antioksidan tinggi yang sangat berguna dalam bidang perubatan dan kesihatan untuk memulihkan pelbagai penyakit kronik termasuklah meningkatkan metabolisme badan, menambahkan tenaga batin, menjaga kecantikan, menguatkan wanita yang baru bersalin dan merawati kecederaan dalaman serta melambatkan penuaan. Rasanya sedikit masam manis buah serta mudah dimakan.

Penyakit yang dilaporkan sembuh melalui kaedah rawatan tradisional menggunakan madu lebah kelulut ialah Diabetis Mellitus (kencing manis), Strok, Hepatitis (Hati), Kanser, Hipentensi (Darah Tinggi), Batu Karang, Asma dan Gout. Ia juga mujarab untuk merawat batuk, selesema dan sakit kerongkong.

Kajian di MARDI menunjukkan madu kelulut mempunyai asid fenilpropanaoik, asid protocatechuik dan asid 4-hidroksifenilasetik yang tergolong dalam kumpulan asid fenolik bebas yang boleh bertindak sebagai antikanser, antitumor dan antioksidan, di mana bahan ini lebih mudah untuk diserap dalam tubuh manusia. Ia juga berupaya menurunkan glukosa, mengurangkan kerosakan fungsi ginjal, mengurangkan stress aksidatif dan meningkatkan ketebalan trabekular tulang yang menguatkan tulang melalui penyerapan kalsium.


PROPOLIS KELULUT terbentuk dari bahan resin yang diambil lebah kelulut dari pohon yang mengandungi getah dan memprosesnya sehingga membentuk propolis yang berwarna hitam, kuning atau coklat tua di sarang lebah kelulut.

Propolis mampu merawat ulser, mencuci buah pinggang, menambah tenaga batin serta berkesan untuk mencegah pembiakan sel kanser. Propolis mempunyai berberapa bahan aktif seperti flavonoid, fenolik hidroquinon, tannin, triterpenoid dan gula produksi.

Propolis boleh berfungsi sebagai antikulat, antifungus, antibakteria dan antiradang yang biasanya digunakan sebagai bahan aktif dalam kosmetik, krim dan tablet. Antara penyakit yang dilaporkan sembuh melalui kaedah rawatan tradisional menggunakan propolis termasuk diabetis, mellitus, strok, hepatitis, kanser, hipertensi, batu karang dan HIV/AIDS.