MADU KELULUT SYAMILLE - TERBAIK UNTUK ANDA

MADU KELULUT SYAMILLE - TERBAIK UNTUK ANDA

We are an established Commercial Beekeeper of Kelulut Bee/Stingless Bee/Trigona Bee in Malaysia, producing the finest grade, high quality honey and propolis products that are rich in anti-oxidants, anti-fungal, anti-bacterial and anti-inflammatory. The honey is light in color with delicious sweet & sour fruit taste. These honey and propolis are naturally suitable to cure illnesses through traditional treatment methods such as diabetes mellifluous, stroke, hepatitis, cancer, hypertension, kidney stones, gout, cough, etc. In terms of nutritional value and benefit, it is very much better than the normal honey.



Pengedar produk Madu Kelulut jenama SYAMILLE dikehendaki untuk seluruh Malaysia. Hubungi PEJABAT KAMI 05-7520209.


Untuk mendapatkan senarai Pengedar yang berdekatan, sila Hubungi PEJABAT KAMI 05-7520209.



Semasa meninjau-ninjau di kawasan ladang, terjumpa satu sarang koloni lebah kelulut yang agak unik di mana binaan pintu masuknya agak pelik. Terowong pintunya agak panjang, hampir 1 mtr, bermula dari dinding sarang koloni, turun ke lantai dan menjalar pulak tu. Memang istimewa. Tapi jika berjalan waktu malam dan terserempak dengan sarang ni, silap-silap menjerit dibuatnya sebab bentuknya macam ular.

Mengikut tabiat lebah kelulut membina terowong pintu masuk ke sarang, semakin panjang pintunya maka semakin tinggi tahap keselamatan sarang kerana penceroboh seperti semut, anai-anai, labah-labah dan sebagainya akan sukar untuk masuk. Lebah-lebah pengawal juga akan membuat pemeriksaan aktiviti keluar-masuk disepanjang terowong ini. Malah sekiranya ada bakteria atau kuman virus yang cuba memasuki sarang, ia akan terhalang dan terhapus kerana terowong pintu masuk ini dibina menggunakan bahan propolis yang kuat dan bersifat antibakteria. SubhanAllah…Wallahua’lam.





Leave a Reply