MADU KELULUT SYAMILLE - TERBAIK UNTUK ANDA

MADU KELULUT SYAMILLE - TERBAIK UNTUK ANDA

We are an established Commercial Beekeeper of Kelulut Bee/Stingless Bee/Trigona Bee in Malaysia, producing the finest grade, high quality honey and propolis products that are rich in anti-oxidants, anti-fungal, anti-bacterial and anti-inflammatory. The honey is light in color with delicious sweet & sour fruit taste. These honey and propolis are naturally suitable to cure illnesses through traditional treatment methods such as diabetes mellifluous, stroke, hepatitis, cancer, hypertension, kidney stones, gout, cough, etc. In terms of nutritional value and benefit, it is very much better than the normal honey.



Pengedar produk Madu Kelulut jenama SYAMILLE dikehendaki untuk seluruh Malaysia. Hubungi PEJABAT KAMI 05-7520209.


Untuk mendapatkan senarai Pengedar yang berdekatan, sila Hubungi PEJABAT KAMI 05-7520209.

Syamille @ Anggun Life 2018 @ Setia City Convention Centre Shah Alam Selangor.

Jom bersama-sama kita di dalam kemunculan kedua #anggunlife di Setia City Convention Centre pada 8 dan 9 Disember ini dengan promosi jualan akhir tahun & barangan kembali ke sekolah. Pelbagai jualan yang akan dijual seperti pakaian, barangan kecantikan dan kesihatan,deko dan pelbagai lagi serta aktiviti-aktiviti menarik serta sudah pasti bersama lebih 30 selebriti-selebriti dan personaliti Media Prima.

Duta official Anggun Life Amar Baharin & Amyra Rosli
Lagi artis-artis terkemuka tanah air seperti Amy Search , Izzue Islam , Kaka Azraff , Zul Huzaimy , Mira Filzah , Dayah Bakar , Ezzaty Abdullah, Syifa Melvin , Syarifah Dek'rose , Bil Musa , Yana Samsudin , Hafidz Roshdi , Tya Arifin ,Wan Sharmila , Fiza Sabjahan , Rena Kassim & ramai lagi. 













Madu selain untuk kegunaan dalaman, ia bermanfaat untuk kecantikan luaran. Banyak produk kecantikan yang menggunakan madu. Khasiat madu untuk kecantikan telah lama diketahui ramai. Namun masih ramai yang tidak mencubanya.

Jom rajinkan diri, cuba madu dan campuran-campuran dibawah untuk kecantikan kulit menggunakan bahan semulajadi yang selamat. Kalau dah cuba, bagi maklumbalas ya.






Cara menggunakan madu untuk wajah.

🐝 PELEMBAP KULIT. Madu adalah pelembap semula jadi, bermakna ia menarik kelembapan daripada udara ke dalam kulit dan memastikan ia berada pada lapisan kulit untuk mengekalkan kelembapan pada kulit.
Cara: Sapukan satu sudu teh madu ke kulit yang kering. Biarkan selama 15-20 minit. Bilas dengan air suam.


🐝 PEMBERSIH LIANG PORI. Enzim-enzim dalam madu membersihkan kulit dan liang-liang pori. Campuran madu dan minyak jojoba atau minyak kelapa akan menghalang pembentukan bakteria yang boleh membawa kepada ketidakseimbangan pada kulit dan menyebabkan jerawat.
Cara: Kacau satu sudu madu dengan dua sudu besar minyak jojoba atau minyak kelapa sehingga campuran sebati. Sapukan pada kulit yang bersih dan kering. Urut perlahan-lahan dalam gerakan memutar. Elakkan bahagian mata anda. Bilas dengan air suam.


🐝 PEMUDAR PARUT. Madu dikatakan mampu mencerahkan kulit. Sifatnya yang anti-radang dan anti-bakteria membantu untuk mengurangkan parut dan meningkatkan penyembuhan serta pertumbuhan semula tisu. Ciri-ciri penghidratan pada madu dan minyak kelapa atau minyak zaitun juga akan membantu memulihkan sel-sel kulit. Urutan secara lembut akan meningkatkan peredaran bagi membantu pemulihan kulit
Cara: Campurkan satu sudu teh madu dengan satu sudu teh minyak kelapa atau minyak zaitun. Sapu pada parut. Urut dengan hujung jari dalam urutan memutar selama satu hingga dua minit. Letakkan tuala panas di atas permukaan kulit dan biarkan sehingga sejuk. Ulangi setiap hari.


Dah tahu khasiat madu ini, jangan lupa cuba.




Rasanya sedap sgt! Tidak terlalu manis. Ianya 100% madu kelulut asli Syamille. 

“Syukur Alhamdulillah, saya dah lama mengamalkan madu lebah kelulut syamille ni.. Dari tahun 2012 sampailah sekarang, masih konsisten. Dari awal kehamilan, sehinggalah dalam pantang, memang tak ambil ubatan dari klinik ataupun hospital. hanya madu kelulut syamille yang saya amalkan.. Syukur Alhamdulillah tiada alahan, mengandung pun rasa macam tak mengandung, sebab badan rasa bertenaga.. Semasa nak melahirkan pun bukaan rahim cepat sangat... Alhamdulillah.. Bila dalam pantang luka bersalin pun cepat sembuh dengan izin Allah..bukan tu sahaja, kulit saya menjadi lembab, berseri-seri... Saya akan terus mengamalkan madu lebah kelulut syamille ni.. Memang terbaik...”

Puan Surieza, Kuala Lumpur.

Antara manfaat madu kelulut bagi ibu hamil & ibu selepas bersalin:

* Mengurangkan rasa mual pada masa kehamilan.

* Melindungi janin dari keracunan.

* Kesihatan untuk ibu dan anak dalam kandungan.

* Merpercepatkan proses meredakan luka dalaman selepas bersalin. 

* Meningkatkan pengeluaran susu ibu.




Alhamdulillah.. bermula bulan Mac 2018 yang lalu, 5 produk keluaran Syamille Agro Farm yang berasaskan madu, propolis dan pollen lebah kelulut telah berjaya memperolehi persijilan “Diuji oleh UNIPEQ UKM” yang dikenali sebagai “Tested by UNIPEQ UKM”, sebagai tanda pengesahan dan pengiktirafan kepada Kualiti dan Keselamatan produk-produk kami di pasaran. Ujian dan analisa makmal yang dijalankan oleh pihak UNIPEQ-UKM untuk persijilan tersebut adalah terperinci dan diiktiraf oleh KKM. Produk-produk tersebut adalah Madu Kelulut, Madu Kelulut Cinnamon, Madu Kelulut Halia, Propolis Kelulut dan Bee-Pollen Kelulut di mana Logo “Tested by UNIPEQ UKM” berserta No Siri Sijil untuk setiap produk akan tertera pada label pembungkusan. Pengiktirafan ini juga adalah sebagai tanda kesungguhan dan matlamat kami untuk menghasilkan produk yang berkualiti tinggi kepada para pengguna.






Alhamdulillah.. penyertaan Syamille Agro Farm Sdn Bhd bersama Zahrania Industries (M) Sdn Bhd di pameran MIHAS 2018 bertempat di MITEC KL telah berjalan dengan begitu lancar. Pelbagai produk huluan dan hiliran yang berasaskan madu lebah kelulut dan madu lebah meliferra telah dipamerkan. Sambutan daripada para pengunjung dari dalam dan luar negara amat baik dan menggalakkan. Terima kasih semua.



















Baru-baru ini, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir turut serta dalam sesi penanaman Pokok Ipoh dan berkesempatan untuk Sarapan Pagi di Dataran Stesen KTM Ipoh dan Gerai Dato Sagor bersama masyarakat Ipoh. Semasa di Dataran Dato Sagor, MB turut singgah, beramah mesra dan membeli madu kelulut di Kedai Syamille yang telah beroperasi di situ sejak setahun yang lalu.









Antara dilema pengusaha kelulut di Malaysia pada masa ini ialah sarang kelulut mereka dicuri. Selain kerugian dari segi wang ringgit, kecurian ini juga menyebabkan banyak sarang kelulut yang dicuri telah rosak sehingga menyebabkan koloni lebah kelulut tersebut pupus.


25 Januari 2018

MELAKA - Seorang penganggur mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan mencuri sarang lebah madu kelulut bernilai RM5,000 pada minggu lalu.

Tertuduh, membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Norina Maludin.

Dia didakwa melakukan perbuatan tersebut di Ladang Felcra, Bukit Bayan di sini pada pukul 5 pagi, 19 Januari lalu.