MADU KELULUT SYAMILLE - TERBAIK UNTUK ANDA

MADU KELULUT SYAMILLE - TERBAIK UNTUK ANDA

We are an established Commercial Beekeeper of Kelulut Bee/Stingless Bee/Trigona Bee in Malaysia, producing the finest grade, high quality honey and propolis products that are rich in anti-oxidants, anti-fungal, anti-bacterial and anti-inflammatory. The honey is light in color with delicious sweet & sour fruit taste. These honey and propolis are naturally suitable to cure illnesses through traditional treatment methods such as diabetes mellifluous, stroke, hepatitis, cancer, hypertension, kidney stones, gout, cough, etc. In terms of nutritional value and benefit, it is very much better than the normal honey.



Pengedar produk Madu Kelulut jenama SYAMILLE dikehendaki untuk seluruh Malaysia. Hubungi PEJABAT KAMI 05-7520209.


Untuk mendapatkan senarai Pengedar yang berdekatan, sila Hubungi PEJABAT KAMI 05-7520209.


Bukankah madu juga mengandungi gula?

Ya, madu asli juga mengandungi gula, tetapi ianya berbeza dengan “gula proses”, kerana madu asli mengandungi zat vitamin dan mineral.

Dalam keadaan normal , untuk menghadamkan gula, zat vitamin dan mineral yang sedia tersimpan di dalam badan akan digunakan, menyebabkan tubuh badan kehilangan zat ini. Zat ini sangat penting untuk menceraikan dan melarutkan lemak-lemak dan kolesterol.

Oleh sebab itu, jika anda makan terlalu banyak “gula proses”, berat badan anda akan cenderung untuk meningkat bukan disebabkan kalori yang ada, tetapi disebabkan ianya tidak mengandungi zat vitamin dan mineral. Berbeza pula dengan madu asli, ia adalah sumber terbaik dalam membekalkan banyak zat vitamin dan mineral yang diperlukan bagi mengurangkan berat badan.

“Gula proses” merupakan sukrosa, yang mana, ianya terdiri dari dua molekul yang bercantum. Apabila kita memakan “gula proses”, perut kita perlu menggunakan enzimnya sendiri untuk memisahkan dua molekul ini sebelum ianya tersedia sebagai tenaga yang terhasil darinya.

Manakala bagi madu asli pula, ianya amat berbeza. Awal-awal lagi lebah telah menambah enzim yang istimewa pada nektar (madu bunga) yang disedutnya, yang memisahkan sukrosa kepada molekul asasnya yakni glukosa dan fruktosa, iaitu dua mokelul gula ringkas untuk badan kita serap secara terus.

Oleh sebab itu, apabila dibuat perbandingan antara madu asli dan “gula proses”, madu asli mempunyai bacaan Glycemic Index (GI) yang lebih sihat , iaitu suatu kaedah untuk menyukat kesan negatif satu-satu makanan terhadap tahap darah-glukosa.

Kandungan “gula proses” tidak mengandungi zat vitamin dan mineral (juga disebut empty calories), menyebabkan “gula proses” menarik semua zat tersebut dari tubuh badan untuk dimetabolismakan ke dalam sistem penghadaman.

Apabila semua zat vitamin dan mineral ini digunakan, proses metabolisma terhadap kolesterol dan asid lemak terhalang, menyumbang kepada tahap kolesterol yang lebih tinggi dan menggalakkan obesiti (lebihan berat badan), disebabkan oleh asid lemak yang lebih tinggi dalam organ-organ dan tisu-tisu.

Kerana itulah, bukan sesuatu yang luar biasa apabila orang yang obesiti (lebihan berat badan) akan mengalami malnutrisi (nutrisi tidak seimbang) dan banyak lagi masalah kesihatan.

Kesimpulannya ialah madu asli merupakan pilihan yang lebih baik berbanding dengan “gula proses”, dan madu lebah kelulut "Asli Dari Ladang" keluaran Syamille Agro Farm mampu membantu anda untuk mengurangkan berat badan. InsyaALLAH.

Wallahua’lam.


Leave a Reply