MADU KELULUT SYAMILLE - TERBAIK UNTUK ANDA

MADU KELULUT SYAMILLE - TERBAIK UNTUK ANDA

We are an established Commercial Beekeeper of Kelulut Bee/Stingless Bee/Trigona Bee in Malaysia, producing the finest grade, high quality honey and propolis products that are rich in anti-oxidants, anti-fungal, anti-bacterial and anti-inflammatory. The honey is light in color with delicious sweet & sour fruit taste. These honey and propolis are naturally suitable to cure illnesses through traditional treatment methods such as diabetes mellifluous, stroke, hepatitis, cancer, hypertension, kidney stones, gout, cough, etc. In terms of nutritional value and benefit, it is very much better than the normal honey.



Pengedar produk Madu Kelulut jenama SYAMILLE dikehendaki untuk seluruh Malaysia. Hubungi PEJABAT KAMI 05-7520209.


Untuk mendapatkan senarai Pengedar yang berdekatan, sila Hubungi PEJABAT KAMI 05-7520209.

MOHD. Shafie Apdal bersama Zulkifli Zambri (kanan) menunjukkan tanda bagus dengan memegang Madu Lebah Kelulut sambil diperhatikan Ibrahim Muhamad (kiri) dan Zainal Abidin Osman (tengah) pada majlis MoU antara Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah dengan Syamille Agro Farm Sdn. Bhd. di Putrajaya, semalam. - UTUSAN/HANAFI KHAMIS

PUTRAJAYA 31 Julai 2013 - Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah menerokai projek ekonomi baharu iaitu madu lebah kelulut yang mempunyai potensi tinggi untuk meningkatkan pendapatan penduduk luar bandar.

Menterinya, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, projek berkenaan diyakini mampu memberi pulangan lumayan kerana boleh dilaksanakan dengan cepat, kos yang rendah serta pulangan pendapatan cepat.

Beliau berkata, untuk permulaan, projek madu lebah kelulut akan dilaksanakan di 18 buah kampung di seluruh negara melalui Program Desa Lestari sebagai pengenalan sebelum kementerian memperluaskan projek berkenaan di kawasan lain.

"Jika berjaya, kementerian tidak menolak kemungkinan turut memperkenalkan projek ini kepada Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) dan Felcra Berhad (Felcra) untuk dijadikan punca ekonomi sampingan kepada peneroka.

"Bagi memastikan projek ini berjaya kementerian telah menjalinkan kerjasama dengan syarikat Syamille Agro Farm Sdn. Bhd. iaitu syarikat bumiputera yang menerajui ternakan lebah kelulut di negara ini," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Terdahulu, beliau menyaksikan pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) berhubung projek tersebut antara kementeriannya yang diwakili oleh Ketua Setiausaha, Datuk Ibrahim Muhamad dengan Syamille Agro Farm Sdn. Bhd. yang diwakili Ketua Pegawai Operasinya, Zulkifli Zambri.

Yang hadir sama, Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Alexander Nanta Linggi dan Penasihat KKLW, Datuk Zainal Abidin Osman.

Menurut Mohd. Shafie, berdasarkan kepada permintaan madu yang tinggi sama ada di pasaran tempatan dan luar negara, kementerian yakin ia merupakan peluang yang amat baik kepada penduduk luar bandar untuk mempelopori industri ini.

Selain itu, katanya, melalui kerjasama dengan Syamille Agro Farm Sdn. Bhd. diharapkan kampung-kampung yang terpilih dapat menjana ekonomi yang tinggi serta memberi tambahan pendapatan serta pekerjaan kepada penduduk sekitar.

"Saya yakin projek ini akan memberi pulangan yang lumayan, anda bayangkan jika penduduk yang terpilih membela 100 sarang lebah kelulut, mereka akan mendapat pulangan kira-kira RM35,000 sebulan dan harga semasa madu lebah kelulut ialah RM120 sekilogram," katanya.

Sementara itu katanya, lebah Kelulut merupakan antara 33 jenis spesies lebah trigona yang tidak mempunyai sengat dan madunya dikatakan mempunyai banyak khasiat untuk memulihkan pelbagai penyakit kronik.

"Berbeza dengan kebanyakan lebah, kelulut tidak berbahaya kepada manusia dan madu yang dihasilkan sangat berguna dalam bidang perubatan dan kesihatan.

"Selain madu, dua lagi bahan dihasilkan oleh lebah kelulut yang sangat istimewa ialah bee bread iaitu campuran polen dengan madu, air liur dan cairan dari perut lebah yang boleh membantu masalah pencernaan dan fermentasi," katanya.


Leave a Reply