MADU KELULUT SYAMILLE - TERBAIK UNTUK ANDA

MADU KELULUT SYAMILLE - TERBAIK UNTUK ANDA

We are an established Commercial Beekeeper of Kelulut Bee/Stingless Bee/Trigona Bee in Malaysia, producing the finest grade, high quality honey and propolis products that are rich in anti-oxidants, anti-fungal, anti-bacterial and anti-inflammatory. The honey is light in color with delicious sweet & sour fruit taste. These honey and propolis are naturally suitable to cure illnesses through traditional treatment methods such as diabetes mellifluous, stroke, hepatitis, cancer, hypertension, kidney stones, gout, cough, etc. In terms of nutritional value and benefit, it is very much better than the normal honey.



Pengedar produk Madu Kelulut jenama SYAMILLE dikehendaki untuk seluruh Malaysia. Hubungi PEJABAT KAMI 05-7520209.


Untuk mendapatkan senarai Pengedar yang berdekatan, sila Hubungi PEJABAT KAMI 05-7520209.



Bersama pegawai-pegawai pengurusan Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (PERHEBAT), Sg Buloh, Selangor yang terdiri daripada En Sazali (Pengarah Kanan), En. Asat dan wakil Perhebat Negeri Perak. Kunjungan mereka ke Syamille Agrofarm adalah untuk berbincang dengan lebih terperinci tentang potensi dan peluang dalam perusahaan ternakan lebah kelulut. Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak PERHEBAT. InsyaAllah, rancangan akan berjalan seperti yang dirancang.

 




Alhamdulillah. Syamille Agrofarm & Resort telah dipilih untuk menerima Sijil Anugerah Nilai-nilai Murni Kategori Premis Makanan Terbersih serta wang hadiah RM5,000.00 bersempena dengan Karnival Nilai-Nilai Murni dan Semarak Warisan 2014 yang telah diadakan pada 20 Disember 2014 yang lalu. Karnival yang diadakan di Dataran Sungai Perak Indah, Kuala Kangsar, Perak ini adalah anjuran Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan dan telah dirasmikan oleh Menterinya, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.





Peserta Kembara Media 1Malaysia 2014 melihat projek madu kelulut yang diusahakan oleh Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Pasir Gajah di Kampung Pasir Gajah, Kemaman.


Tahniah dan selamat maju jaya kepada pengusaha ternakan kelulut Koperasi JKKK Pasir Gajah, Kemaman. Semoga usaha bersama Syamille Agro Farm mencapai kejayaan.

Kembara Media 1Malaysia 2014 yang diadakan di Terengganu selama empat hari bermula 18 Oktober 2014 berjaya mencapai objektif penganjuran program.

Program yang disertai 22 pengamal media termasuk dari Sabah dan Sarawak bermula di Kemaman dengan majlis pertemuan dan makan tengah hari bersama Pegawai Daerah Kemaman, YBhg Dato’ Mustaffa Khalid di kediaman beliau di Cukai, Kemaman.

Selepas sesi bersama Pegawai Daerah, peserta bergerak ke Kampung Pasir Gajah, Kemaman untuk melawat projek madu kelulut yang diusahakan oleh Koperasi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Pasir Semut dan projek pemuliharaan tuntung yang dikendalikan oleh penduduk kampung.