Semenjak hari Isnin
lepas, Syamille Agrofarm Kuala Kangsar juga tidak terkecuali dari dilanda
jerebu. Walaupun IPU nya tidak sehebat Johor dan Selangor, namun
kehadirannya tetap diawasi. Bukannya apa, risau juga takut-takut nanti jika
jerebu terlalu tebal, ia mungkin memberi kesan gangguan kepada kehidupan koloni-koloni
lebah kelulut di ladang Syamille. Alhamdulillah, nampaknya setakat ni lebah
kelulut tetap aktif bergerak dan keluar mencari makanan seperti biasa.
Pagi tadi, lepas ronda-ronda
dalam ladang, terus singgah kat anjung restoran Syamille yang mengadap kolam
ikan sambil makan roti bakar. Tak lama lepas tu, Din muncul kat tepi kolam,
biasalah, ini rutin harian ikan-ikan diberi makan 2 kali sehari, pagi dan
petang. Banyaknya ikan dan memang asyik sekali.