MADU KELULUT SYAMILLE - TERBAIK UNTUK ANDA

MADU KELULUT SYAMILLE - TERBAIK UNTUK ANDA

We are an established Commercial Beekeeper of Kelulut Bee/Stingless Bee/Trigona Bee in Malaysia, producing the finest grade, high quality honey and propolis products that are rich in anti-oxidants, anti-fungal, anti-bacterial and anti-inflammatory. The honey is light in color with delicious sweet & sour fruit taste. These honey and propolis are naturally suitable to cure illnesses through traditional treatment methods such as diabetes mellifluous, stroke, hepatitis, cancer, hypertension, kidney stones, gout, cough, etc. In terms of nutritional value and benefit, it is very much better than the normal honey.



Pengedar produk Madu Kelulut jenama SYAMILLE dikehendaki untuk seluruh Malaysia. Hubungi PEJABAT KAMI 05-7520209.


Untuk mendapatkan senarai Pengedar yang berdekatan, sila Hubungi PEJABAT KAMI 05-7520209.



Pada 24 Mac 2015 yang lalu, serombongan pegawai dari Jabatan Pertanian Daerah Muar, Johor, telah datang melawat ke Syamille Agro Farm & Resort untuk meninjau serta mendapatkan maklumat lanjut tentang kaedah penternakan lebah kelulut. Terima kasih kami ucapkan dan semoga bermanfaat. InsyaAllah.









Baru-baru ini rakaman 2 episod rancangan khas kelolaan Chef Liza untuk TV-RTM telah diadakan di Syamille Agrofarm & Resort, Kuala Kangsar, Perak. Alhamdulillah, semua rancangan telah berjalan lancar di mana aktiviti bermula selepas solat subuh dengan majlis bacaan Yassin dan doa selamat. Penggambaran diteruskan sehingga lewat petang. Antara yang menarik ialah demonstrasi resepi masakan menggunakan daging rusa dan madu kelulut oleh Chef Liza bersama Chef Firdaus dan artis undangan, Roslan Madun. Sesi penggambaran ini turut menggunakan sistem drone-camera untuk mendapatkan sudut visual yang lebih luas dan dinamik.












Setiap tahun sekitar bulan Mac hingga September, keadaan cuaca di negara kita adalah agak panas sehingga mencecah suhu 33 °C. Dalam keadaan begini, penjagaan kesihatan melalui amalan harian dari segi pemakanan dan minuman yang betul amatlah penting. Jangan lupa amalkan madu kelulut Syamille untuk memelihara tenaga dan mengekalkan kesihatan tubuh badan. InsyaAllah. Panduan amalan madu kelulut Syamille di http://kelulutmalaysia.blogspot.com/2013/03/cara-pengambilan-madu-kelulut.html


KUALA LUMPUR - Orang ramai, khususnya individu yang sering terdedah kepada cahaya matahari akibat faktor pekerjaan atau aktiviti lain, dinasihatkan berada di kawasan yang redup sekerap mungkin semasa fenomena Ekuinoks.

Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) Datuk Dr Lokman Hakim Sulaiman berkata ia bertujuan mengurangkan risiko kepada sebarang masalah kesihatan akibat cuaca panas.

"Sekiranya terpaksa berada di luar, gunakan topi atau payung serta krim pelindung cahaya matahari," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Agensi Angkasa Negara (Angkasa) sebelum ini memaklumkan Ekuinoks merupakan satu fenomena apabila matahari berada tepat pada garisan Khatulistiwa selepas bergerak dari hemisfera selatan ke utara yang menyebabkan cuaca lebih panas dan tempoh siang di kawasan Khatulistiwa lebih panjang daripada biasa.

Katanya, selain individu yang terpaksa bekerja dalam cuaca panas seperti nelayan, anggota keselamatan dan buruh, golongan bayi dan kanak-kanak di bawah
usia empat tahun juga amat sensitif terhadap suhu panas.

"Pastikan kanak-kanak tidak ditinggalkan dalam kereta. Ini kerana mereka terpaksa bergantung kepada orang dewasa bagi mendapatkan bekalan air yang cukup
serta mengawal suhu persekitaran," kata beliau.  

Bagi mengurangkan kesan fenomena Ekuinoks di rumah atau bangunan, Dr Lokman Hakim menyarankan supaya peralatan elektrik yang tidak digunakan dimatikan,
selain membuka tingkap pada waktu malam atau awal pagi untuk mengeluarkan haba yang terkumpul.

Sementara itu, Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi, Datuk Che Gayah Ismail menasihatkan orang ramai supaya tidak terlalu bimbang dengan Ekuinoks kerana ia fenomena biasa yang berlaku dua kali setahun, pada Mac dan September.

Menurutnya tidak semua tempat dalam negara akan mengalami suhu yang tinggi, namun negeri-negeri di utara diramal menghadapi suhu lebih tinggi berbanding
negeri lain.

Katanya peningkatan suhu dijangka meningkat satu atau dua darjah Celcius sahaja akibat Ekuinoks.

"Ia juga dipengaruhi faktor cuaca. Kalau hujan sudah tentu suhu tidak terlalu tinggi semasa Ekuinoks," katanya. – Bernama