Alhamdulillah…setiap
hari di Syamille Agrofarm & Resort suasananya sangat nyaman lagi tenang,
udaranya segar tidak tercemar, dihiburkan pula dengan bunyian burung-burung menyanyi
dan suara ungka bersahut-sahutan.
Pagi-pagi di bulan
ramadhan ni elok juga buat aktiviti riadah ringan untuk menyihatkan badan,
sekurang-kurangnya berjalan-jalan di sekitar ladang dan resort. Sambil-sambil
tu meninjau lebah-lebah kelulut yang mula keluar dari sarang untuk mencari
sumber makanan. Displin betul lebah kelulut ni, kerja ikut time betul, terbit
aje matahari dah keluar berulang-alik menjalankan tugas membawa balik nektar dan
polen ke sarang, waktu senja nanti semuanya balik semula ke sarang dan tak
keluar lagi, sehinggalah keesokan paginya.
Sambil jalan-jalan
terpandang pohon-pohon buah kelapa dan buah cempedak. MasyaAllah, buahnya banyak
sungguh. Yang kelapa buahnya berbondong-bondong, cempedak pula lebat buahnya. Buah-buahan
yang menjadi ni adalah juga kesuburan tumbuhan hasil dari aktiviti pendebungaan
oleh lebah-lebah kelulut di resort ni. Sepertimana yang kita semua sedia
maklum, pendebungaan adalah
proses eko-sistem yang penting untuk menjamin pengeluaran makanan dan
meningkatkan taraf kehidupan.
Dikalangan haiwan pendebungaan,
lebah adalah haiwan pendebungaan yang memainkan peranan utama dan sangat
efektif kerana aktiviti kehidupan hariannya berupaya memberi kesan yang ketara
kepada kuantiti dan kualiti penghasilan buah-buahan dan bijian. Spesis lebah
dikenali sebagai agen pendebungaan kepada 70 – 80% tumbuhan berbunga.
Lebah kelulut ni saiznya kecil,
tidak menyengat. Jadi ia mudah mendekati bunga-bunga termasuk bunga yang kecil untuk
mengambil nektar. Lebah kelulut ni pulak sangat aktif bergerak dan lasak. Bila
menyedut nektar dari bunga, ia sangat teliti, berhati-hati dan mengambilnya
dengan perlahan-lahan.
Itulah hebatnya sang lebah
kelulut, kurniaan dan ciptaan Allah SWT yang maha esa, jasa dan manfaatnya
banyak, bukan saja madu berkhasiat dihasilkan, malah tumbuhan dan tanaman akan
bertambah subur akibat dari aktiviti pendebungaan yang dilakukannya.
SubhanAllah.