InsyaAllah,
kita akan ditemukan dengan bulan Ramadhan Kareem 1434H. Umat Islam di seluruh
dunia bersyukur dan bergembira menyambut Ramadhan dengan melaksanakan ibadah
puasa yang juga dikenali sebagai Shiyam / Shaum yakni menahan diri dari segala
perbuatan yang boleh membatalkan puasa bermula dari waktu terbit fajar sehingga
terbenam matahari.
Semasa
berpuasa, tubuh badan kita akan menghasilkan tenaga dengan membakar sumber
tenaga yang sedia disimpan di dalam badan seperti karbohidrat, lemak dan gula.
Akibat dari proses semulajadi ini, tubuh badan kita akan terasa lemah dan lesu.
Oleh itu, untuk menghadapi puasa, kita juga disarankan
untuk bersahur dan berbuka puasa dengan memakan madu asli disamping buah kurma
yang merupakan makanan tambahan penting untuk tubuh badan.
Madu kelulut asli Syamille memiliki khasiat yang
luar biasa seperti enzim-enzim hidup, vitamin A, D, E, K,
B1, B2, B3, B5, B6, C dan H, serta mengandungi
beberapa zat yang sangat diperlukan oleh tubuh badan manusia seperti glukosa
dan fruktosa termasuk zat mineral yang lain seperti natrium, magnesium,
kalsium, zat besi dan sebagainya. Glukosa dan fruktosa mampu menyediakan kalori
yang diperlukan oleh tubuh selama berpuasa. Madu kelulut Syamille juga mudah dicerna bagi memberikan
manfaat kesihatan seperti sumber tenaga, vitamin dan mineral yang dapat
menambah stamina.
Makanlah 1 sudu besar madu kelulut asli Syamille semasa berbuka dan
semasa bersahur. InsyaAllah, anda akan bertenaga sepanjang berpuasa. Apa yang
penting, madu kelulut yang anda makan itu mestilah madu yang benar-benar asli.
Hati-hati dengan berbagai jenis madu yang banyak dijual di pasaran.
Selain amalan memakan madu pada waktu berbuka puasa
dan bersahur, perkara lain yang perlu dititikberatkan adalah seperti memakan
makanan yang berzat dan meminum air yang banyak serta mendapatkan istirehat
yang secukupnya.
Salah satu sifat istimewa madu kelulut asli adalah ianya cepat larut di
dalam darah setelah dimakan. Sebahagian besar tenaga yang diperlukan oleh
darah dalam proses pembentukannya telah tersedia di dalam madu kelulut. Oleh
kerana madu kelulut juga mengandungi molekul gula ringkas, ia memudahkan otak
bekerja serta membantu proses pembentukan darah.
Madu kelulut asli Syamille mengandungi enzim-enzim hidup yang amat
diperlukan manusia untuk meningkatkan fungsi tubuh badan ke tahap yang optima. Selain
itu juga, madu membantu proses pembersihan dan peredaran darah serta mencegah
terjadinya pengerasan pembuluh darah yang boleh membawa kepada
arteriosklerosis.
Madu kelulut asli Syamille sangat bermanfaat bagi kesihatan dan
ketahanan tubuh badan, terutama sekali di bulan puasa ini. InsyaAllah.
Mana bolih dapat madu kelulut terbaik ( top grade )....emel saya di awipakaad@yahoo.com tq
ReplyDelete