Alhamdulillah, hari ini, Khamis 4/7/13, kami telah membuat lawatan rasmi bersama
pegawai-pegawai
KKLW ke Kg. Parit Bugis, Muar di Johor, yang juga telah
dipilih oleh KKLW sebagai lokasi penternakan lebah kelulut secara
komersil di bawah program
Desa Lestari. Tujuan lawatan adalah untuk berbincang, meninjau dan
mengenal pasti kawasan strategik
di sekitar kampung untuk menempatkan sarang koloni lebah kelulut. Terima
kasih
kepada JKKK Kg Parit Bugis yang telah
memberi layanan dan kerjasama yang baik kepada kami.
Ini adalah lawatan kami yang terakhir sebelum tibanya bulan Ramadhan Al-Mubarak 1434H. Begitu juga dengan kursus ternakan lebah kelulut. Lawatan dan kursus seterusnya akan disambung semula pada penghujung bulan Syawal nanti. InsyaAllah.
Pegawai-pegawai KKLW |
Ucapan oleh Pengerusi JKKK Kg Parit Bugis |
Lawatan ke beberapa tapak ternakan lebah kelulut yang dicadangkan. |
Kami dijamu dengan hidangan Mee Bandung Muar...memang best... |
Otw balik, sempat lagi singgah di Kompleks Niaga Benteng Peserai untuk pekena Nasi Beriyani Gam Kambing, hi..hi.. |