Selama ini kita mengenali dua bentuk rawatan. Rawatan
sebelum dijangkiti penyakit / pencegahan (At-thib Al-wiqo`i), dan rawatan
selepas dijangkiti penyakit (at-thib al-`ilaji).
Dengan mencontohi pola makan Rasulullah SAW, kita sebenarnya
sedang menjalani terapi pencegahan penyakit dengan makanan. (Attadawi bil
ghidza`). Ini tentu jauh lebih baik daripada kita harus "berhubungan"
dengan ubat-ubat kimia.
Dalam setiap aktiviti dan pola hidupnya, Rasulullah SAW
memang sudah disiapkan untuk menjadi contoh teladan bagi semua manusia,
termasuk dalam hal pola makan. Ini bukan perkara remeh. Sebab salah satu faktor
penting penunjang fizikal utama Rasulullah adalah kecerdasan beliau dalam
memilih menu makanan dan mengatur pola konsumsinya.
Perkara pertama yang menjadi menu seharian Rasulullah SAW
adalah udara segar di subuh hari. Sudah umum di ketahui bahawa udara pagi kaya
dengan oksigen dan belum dikotori oleh bahan-bahan lain. Ini ternyata sangat
besar pengaruhnya terhadap vitaliti seseorang dalam aktivitinya selama sehari
penuh. Maka tidak usah hairan ketika kita tidak bangun di subuh hari, kita
menjadi terasa begitu malas untuk beraktiviti. Selanjutnya Rasulullah
menggunakan siwak untuk menjaga kesihatan mulut dan gigi.
Lepas dari subuh, Rasulullah SAW membuka menu sarapannya
dengan segelas air yang dicampur dengan sesudu madu asli. Khasiatnya luar
biasa. Dalam Al qur`an, kata "syifa" / kesembuhan, yang dihasilkan
oleh madu, diungkapkan dengan isim nakiroh, yang bererti nama am, atau
menyeluruh. Di tinjau dari ilmu kesihatan, madu berfungsi membersihkan perut,
mengaktifkan usus-usus, menyembuhkan sembelit, buasir dan keradangan. Dalam
istilah orang arab, madu dikenali dengan "al-hafidz al-amin", kerana
boleh menyembuhkan luka bakar.
[Disarikan dari Ceramah Umum "ghidza` unnabi" oleh Prof. Dr.
Musthofa Romadhon di Wisma Nusantara, Kaherah, Mesir) tulisan ini ditulis oleh
Muhammad As'ad Mahmud, Lc. - lintasberita.com]