MADU KELULUT SYAMILLE - TERBAIK UNTUK ANDA

MADU KELULUT SYAMILLE - TERBAIK UNTUK ANDA

We are an established Commercial Beekeeper of Kelulut Bee/Stingless Bee/Trigona Bee in Malaysia, producing the finest grade, high quality honey and propolis products that are rich in anti-oxidants, anti-fungal, anti-bacterial and anti-inflammatory. The honey is light in color with delicious sweet & sour fruit taste. These honey and propolis are naturally suitable to cure illnesses through traditional treatment methods such as diabetes mellifluous, stroke, hepatitis, cancer, hypertension, kidney stones, gout, cough, etc. In terms of nutritional value and benefit, it is very much better than the normal honey.



Pengedar produk Madu Kelulut jenama SYAMILLE dikehendaki untuk seluruh Malaysia. Hubungi PEJABAT KAMI 05-7520209.


Untuk mendapatkan senarai Pengedar yang berdekatan, sila Hubungi PEJABAT KAMI 05-7520209.



Alhamdulillah…semalam saya bertemu dengan seorang rakan yang baru mula mengamalkan pemakanan madu kelulut Syamille. Katanya dia rasa puasa kali ini berlainan dari sebelumnya kerana rasa bertenaga dan boleh bergerak aktif ketika di siang hari walaupun ada ketikanya dia terasa lapar dan dahaga.

Mendengar kata-katanya itu, membuatkan saya terkenang kembali kuliah subuh Ahad lepas di Masjid Al-Munawwarah, Shah Alam yang disampaikan oleh Ustaz Fakrulrazi. Tajuk asal berkaitan haji tetapi ustaz melencong sikit kerana ingin memberikan beberapa panduan untuk mencerdaskan badan sempena bulan Ramadhan ini.

Antaranya ustaz kata, perlulah kita faham bahawa kewajipan berpuasa dengan kewajipan berjihad tidak ada bezanya. Malah puasa yang sedang umat Islam lakukan benar-benar menjadi penguat rohiyah yang jauh melebihi kekuatan fizikal. Semasa berpuasalah semangat jihad dan pengorbanan akan terbentuk di dalam hati dan jiwa orang mukmin.

Berpuasa semestinya dituruti dengan rasa lapar, barulah kita mengecapi nikmat berpuasa, memahami fadhilat berpuasa dan mendatangkan keinsafan yang mendalam kepada kita.

Mengambil iktibar dari para sahabat Rasulullah SAW, mereka amat menitikberatkan tentang displin pemakanan dan mengikut tanpa banyak soal terhadap apa yang disarankan oleh Rasulullah kerana sesungguhnya Nabi Muhammad itu kekasih Allah dan pesuruh Allah. Amalan sunnah Rasulullah mengandungi banyak manfaat yang perlu diikuti oleh umat Islam.

Malah Rasullullah berserta para sahabat mampu berjuang dengan cemerlang sehingga mencapai kemenangan besar di medan peperangan yang berlaku di dalam bulan Ramadhan seperti Perang Badar dan Perang Khandak.

Antara tips yang ustaz sampaikan untuk kita kongsi bersama.

1.    Jangan mengabaikan makan sahur dan lewatkan makan di penghujung waktu sahur.
2.    Amalkan memakan buah kurma dan madu asli semasa berbuka puasa dan bersahur kerana kedua-dua sumber makanan ini mengandungi zat yang terbukti menyihatkan badan disamping membekalkan tenaga untuk tempoh yang panjang semasa berpuasa.
3.    Berpuasa bukan bermakna kita akan menjadi malas atau tidak produktif. Kita perlu faham dan boleh membezakan antara “lapar dan letih lesu” dan “lapar tetapi bertenaga”. Yang mana satu pilihan kita? Tentulah kita memilih untuk “lapar tetapi bertenaga” semasa berpuasa supaya aktiviti harian kita berjalan seperti biasa. Lapar dan dahaga itu satu ujian bagi yang berpuasa, manakala tenaga itu pula diperlukan untuk melaksanakan kerja harian dan melakukan amal ibadah.
4.    Berikan hak kepada pengisian perut kita semasa makan iaitu sepertiga air, sepertiga udara dan sepertiga makanan supaya makanan mudah dihancurkan, dicerna dan dihadamkan.
5.    Berhenti makan sebelum kenyang kerana jika terlalu kenyang, perut dan anggota tubuh badan kita terpaksa bekerja keras dan menggunakan terlalu banyak tenaga semasa proses penghadaman makanan, yang mana ini akan menyebabkan badan cepat merasa letih dan kehilangan tenaga yang banyak.
6.    Elakkan memakan makanan yang masin ketika bersahur kerana ia memberi kesan yang boleh melemahkan badan ketika berpuasa.

Komentar saya:

Adakah anda termasuk dalam kategori “lapar dan letih lesu” setiap kali berpuasa?

Jika YA, dan anda mahu berubah kepada kategori “lapar tetapi bertenaga”, maka amalkanlah memakan madu asli dan buah kurma semasa bersahur. Lebih tepat lagi di sini kami mengesyorkan pengambilan madu kelulut asli kerana dibandingkan dengan madu lebah biasa, madu lebah kelulut mengandungi khasiat yang sangat tinggi dan mempunyai nutrien yang lengkap yang dapat memberikan tenaga semasa berpuasa di siang hari.

Caranya pengambilannya pun mudah. Sebelum bersahur, minum madu kelulut asli (1 ~ 2 sudu makan) yang dicampur dengan air putih (setengah gelas). Selepas itu makanlah juadah sahur seperti biasa.

Sudah cuba baru tahu. InsyaAllah, anda akan merasa perbezaannya. Yang penting, pastikan madu kelulut tersebut adalah 100% asli dan diyakini sumbernya.

Selamat beribadah di bulan Ramadhan yang mulia ini dan sama-sama kita turuti Sunnah Nabi Muhammad SAW. InsyaALLAH.

Wallahua’lam.


Leave a Reply