MADU KELULUT SYAMILLE - TERBAIK UNTUK ANDA

MADU KELULUT SYAMILLE - TERBAIK UNTUK ANDA

We are an established Commercial Beekeeper of Kelulut Bee/Stingless Bee/Trigona Bee in Malaysia, producing the finest grade, high quality honey and propolis products that are rich in anti-oxidants, anti-fungal, anti-bacterial and anti-inflammatory. The honey is light in color with delicious sweet & sour fruit taste. These honey and propolis are naturally suitable to cure illnesses through traditional treatment methods such as diabetes mellifluous, stroke, hepatitis, cancer, hypertension, kidney stones, gout, cough, etc. In terms of nutritional value and benefit, it is very much better than the normal honey.



Pengedar produk Madu Kelulut jenama SYAMILLE dikehendaki untuk seluruh Malaysia. Hubungi PEJABAT KAMI 05-7520209.


Untuk mendapatkan senarai Pengedar yang berdekatan, sila Hubungi PEJABAT KAMI 05-7520209.



Alhamdulillah, semalam, Sabtu 27/7/13, kami telah membuat lawatan ke Kg. Ulu Legong, Baling, Kedah, yang juga telah dipilih oleh KKLW sebagai lokasi penternakan lebah kelulut secara komersil di bawah program Desa Lestari. Tujuan lawatan adalah untuk berbincang, meninjau dan mengenal pasti kawasan strategik di sekitar kampung untuk menempatkan sarang koloni lebah kelulut. 








Terjumpa satu sarang koloni lebah kelulut di dinding luar rumah...spesis kelulut kecil.





Selama ini kita mengenali dua bentuk rawatan. Rawatan sebelum dijangkiti penyakit / pencegahan (At-thib Al-wiqo`i), dan rawatan selepas dijangkiti penyakit (at-thib al-`ilaji).

Dengan mencontohi pola makan Rasulullah SAW, kita sebenarnya sedang menjalani terapi pencegahan penyakit dengan makanan. (Attadawi bil ghidza`). Ini tentu jauh lebih baik daripada kita harus "berhubungan" dengan ubat-ubat kimia.

Dalam setiap aktiviti dan pola hidupnya, Rasulullah SAW memang sudah disiapkan untuk menjadi contoh teladan bagi semua manusia, termasuk dalam hal pola makan. Ini bukan perkara remeh. Sebab salah satu faktor penting penunjang fizikal utama Rasulullah adalah kecerdasan beliau dalam memilih menu makanan dan mengatur pola konsumsinya.

Perkara pertama yang menjadi menu seharian Rasulullah SAW adalah udara segar di subuh hari. Sudah umum di ketahui bahawa udara pagi kaya dengan oksigen dan belum dikotori oleh bahan-bahan lain. Ini ternyata sangat besar pengaruhnya terhadap vitaliti seseorang dalam aktivitinya selama sehari penuh. Maka tidak usah hairan ketika kita tidak bangun di subuh hari, kita menjadi terasa begitu malas untuk beraktiviti. Selanjutnya Rasulullah menggunakan siwak untuk menjaga kesihatan mulut dan gigi.

Lepas dari subuh, Rasulullah SAW membuka menu sarapannya dengan segelas air yang dicampur dengan sesudu madu asli. Khasiatnya luar biasa. Dalam Al qur`an, kata "syifa" / kesembuhan, yang dihasilkan oleh madu, diungkapkan dengan isim nakiroh, yang bererti nama am, atau menyeluruh. Di tinjau dari ilmu kesihatan, madu berfungsi membersihkan perut, mengaktifkan usus-usus, menyembuhkan sembelit, buasir dan keradangan. Dalam istilah orang arab, madu dikenali dengan "al-hafidz al-amin", kerana boleh menyembuhkan luka bakar.

[Disarikan dari Ceramah Umum "ghidza` unnabi" oleh Prof. Dr. Musthofa Romadhon di Wisma Nusantara, Kaherah, Mesir) tulisan ini ditulis oleh Muhammad As'ad Mahmud, Lc. - lintasberita.com]




Alhamdulillah…semalam saya bertemu dengan seorang rakan yang baru mula mengamalkan pemakanan madu kelulut Syamille. Katanya dia rasa puasa kali ini berlainan dari sebelumnya kerana rasa bertenaga dan boleh bergerak aktif ketika di siang hari walaupun ada ketikanya dia terasa lapar dan dahaga.

Mendengar kata-katanya itu, membuatkan saya terkenang kembali kuliah subuh Ahad lepas di Masjid Al-Munawwarah, Shah Alam yang disampaikan oleh Ustaz Fakrulrazi. Tajuk asal berkaitan haji tetapi ustaz melencong sikit kerana ingin memberikan beberapa panduan untuk mencerdaskan badan sempena bulan Ramadhan ini.

Antaranya ustaz kata, perlulah kita faham bahawa kewajipan berpuasa dengan kewajipan berjihad tidak ada bezanya. Malah puasa yang sedang umat Islam lakukan benar-benar menjadi penguat rohiyah yang jauh melebihi kekuatan fizikal. Semasa berpuasalah semangat jihad dan pengorbanan akan terbentuk di dalam hati dan jiwa orang mukmin.

Berpuasa semestinya dituruti dengan rasa lapar, barulah kita mengecapi nikmat berpuasa, memahami fadhilat berpuasa dan mendatangkan keinsafan yang mendalam kepada kita.

Mengambil iktibar dari para sahabat Rasulullah SAW, mereka amat menitikberatkan tentang displin pemakanan dan mengikut tanpa banyak soal terhadap apa yang disarankan oleh Rasulullah kerana sesungguhnya Nabi Muhammad itu kekasih Allah dan pesuruh Allah. Amalan sunnah Rasulullah mengandungi banyak manfaat yang perlu diikuti oleh umat Islam.

Malah Rasullullah berserta para sahabat mampu berjuang dengan cemerlang sehingga mencapai kemenangan besar di medan peperangan yang berlaku di dalam bulan Ramadhan seperti Perang Badar dan Perang Khandak.

Antara tips yang ustaz sampaikan untuk kita kongsi bersama.

1.    Jangan mengabaikan makan sahur dan lewatkan makan di penghujung waktu sahur.
2.    Amalkan memakan buah kurma dan madu asli semasa berbuka puasa dan bersahur kerana kedua-dua sumber makanan ini mengandungi zat yang terbukti menyihatkan badan disamping membekalkan tenaga untuk tempoh yang panjang semasa berpuasa.
3.    Berpuasa bukan bermakna kita akan menjadi malas atau tidak produktif. Kita perlu faham dan boleh membezakan antara “lapar dan letih lesu” dan “lapar tetapi bertenaga”. Yang mana satu pilihan kita? Tentulah kita memilih untuk “lapar tetapi bertenaga” semasa berpuasa supaya aktiviti harian kita berjalan seperti biasa. Lapar dan dahaga itu satu ujian bagi yang berpuasa, manakala tenaga itu pula diperlukan untuk melaksanakan kerja harian dan melakukan amal ibadah.
4.    Berikan hak kepada pengisian perut kita semasa makan iaitu sepertiga air, sepertiga udara dan sepertiga makanan supaya makanan mudah dihancurkan, dicerna dan dihadamkan.
5.    Berhenti makan sebelum kenyang kerana jika terlalu kenyang, perut dan anggota tubuh badan kita terpaksa bekerja keras dan menggunakan terlalu banyak tenaga semasa proses penghadaman makanan, yang mana ini akan menyebabkan badan cepat merasa letih dan kehilangan tenaga yang banyak.
6.    Elakkan memakan makanan yang masin ketika bersahur kerana ia memberi kesan yang boleh melemahkan badan ketika berpuasa.

Komentar saya:

Adakah anda termasuk dalam kategori “lapar dan letih lesu” setiap kali berpuasa?

Jika YA, dan anda mahu berubah kepada kategori “lapar tetapi bertenaga”, maka amalkanlah memakan madu asli dan buah kurma semasa bersahur. Lebih tepat lagi di sini kami mengesyorkan pengambilan madu kelulut asli kerana dibandingkan dengan madu lebah biasa, madu lebah kelulut mengandungi khasiat yang sangat tinggi dan mempunyai nutrien yang lengkap yang dapat memberikan tenaga semasa berpuasa di siang hari.

Caranya pengambilannya pun mudah. Sebelum bersahur, minum madu kelulut asli (1 ~ 2 sudu makan) yang dicampur dengan air putih (setengah gelas). Selepas itu makanlah juadah sahur seperti biasa.

Sudah cuba baru tahu. InsyaAllah, anda akan merasa perbezaannya. Yang penting, pastikan madu kelulut tersebut adalah 100% asli dan diyakini sumbernya.

Selamat beribadah di bulan Ramadhan yang mulia ini dan sama-sama kita turuti Sunnah Nabi Muhammad SAW. InsyaALLAH.

Wallahua’lam.





Vitamin C berguna untuk menambah kekuatan tubuh melawan racun (toksin) selain berperanan untuk membantu suatu zat yang perlu untuk tulang, gigi, tempat penyimpan darah, menghisap zat besi serta membentuk dan mematangkan butir-butir darah merah. Seterusnya ia juga berguna untuk melawan virus bagi orang yang menanggung penyakit bengkak limpa supaya ia dapat memelihara sel-sel limpa dari kerosakan. Jika vitamin C kurang dalam tubuh manusia, boleh mengakibatkan lemah secara keseluruhannya; sakit-sakit sendi, kurang darah dan sakit gigi.

Vitamin C ialah antioksidan yang diperlukan oleh sekurang-kurangnya 300 fungsi metabolik dalam badan, termasuklah pertumbuhan dan penggantian tisu, fungsi kilang adrenal dan untuk gusi yang sihat.  Ia menolong dalam pengeluaran hormon anti-stress dan interferon, sejenis protin sistem imuniti yang penting, dan diperlukan juga untuk metabolisma folik asid , tairosin, dan phenylalanine.

Kajian menunjukkan bahawa dengan mengambil vitamin C boleh mengurangkan gejala penyakit asma. Ia mencegah daripada kesan merbahaya pencemaran , menolong mencegah kanser, memelihara daripada jangkitan, dan meningkatkan imuniti. Vitamin C meningkatkan penyerapan zat besi. Ia boleh bercantum dengan bahan toksik seperti sesetengah logam berat, dan menjadikan mereka tidak merbahaya, oleh yang demikian bahan tersebut boleh dinyahkan daripada badan.

Vitamin ini juga boleh mengurangkan paras "low-density lipoproteins" (LDL) atau kolestrol yang tidak baik, dan pada masa yang sama meningkatkan " high-density lipoproteins " (HDL) atau kolestrol yang baik, juga menurunkan tekanan darah tinggi dan membantu mencegah " atherosclerosis". Ia juga sebagai keperluan dalam pembentukan collagen, mencegah daripada pembekuan darah yang tidak normal dan lebam, boleh mengurangkan risiko katarak (cataracts), dan mencepatkan penyembuhan luka dan terbakar. 

Kekurangan vitamin C boleh menyebabkan;
-       Lemah badan.
-       Sakit-sakit dan sengal badan.
-       Bengkak gusi.
-       Hidung berdarah.
-       Scurvy ( pendarahan pada badan, lebam-lebam, dan gusi berdarah; gigi mudah 
        tercabut; pendarahan ke dalam otot dan sendi, yang menyebabkan kesakitan).
-       Anemia