Amat malang dan merugikan kepada
manusia khususnya orang-orang Islam sekiranya meragui dan mengabaikan
kalamullah (kata-kata Allah SWT) tentang kelebihan madu lebah sepertimana
firmanNya di dalam Al-Quran, Surah An-Nahl ayat 68-69.
Mungkin ada yang bertanya apa
istimewanya madu lebah kelulut? Ya, ianya sangat istimewa kerana kandungan dan nilai
khasiat madu lebah kelulut adalah berganda lebih baik dari madu lebah biasa.
Madu lebah kelulut sukar diperolehi kerana kadar pengeluarannya tidak sebanyak
madu lebah biasa dan ini menyebabkan harga pasarannya lebih mahal.
Manfaat madu kelulut dari sudut
kesihatan sangat besar. Melalui kaedah mencegah, merawat dan menyembuhkan, madu
kelulut boleh menjadi ubat dan penawar kepada pelbagai jenis penyakit pada
manusia. Selain dari penyakit kronik, madu kelulut mampu meningkatkan
keberkesanan sistem penghadaman/pencernaan manusia dan seterusnya menguatkan tahap
pertahanan tubuh badan.
Tahukah anda bahawa madu lebah kelulut lebih baik
diambil dalam bentuk larutan (madu dicampur dengan air) dan dalam keadaan perut
yang kosong kerana ianya lebih mudah diserap oleh saluran
penghadaman/pencernaan makanan dalam badan. Dengan itu, semua organ
penghadaman/pencernaan yang terlibat di dalam tubuh manusia akan memperolehi
khasiat dan zat madu tersebut. Itulah sebabnya kami menyarankan pengambilan
madu kelulut pada sebelah pagi sebelum bersarapan dan pada sebelah malam
sebelum tidur.
Apabila sistem penghadaman/pencernaan makanan dalam
badan berfungsi dengan baik, organ-organ dalaman menjadi lebih sihat, ketahanan
tubuh badan untuk melawan serangan penyakit akan bertambah baik dan perjalanan
darah menjadi lebih teratur. Dengan itu juga, tahap imunisasi tubuh badan akan bertambah
kuat untuk menghadapi berbagai jenis penyakit samada penyakit berjangkit atau
tidak berjangkit seperti kencing manis, darah tinggi, kanser, gout, selesema
dan sebagainya. InsyaALLAH.
Tapi AWAS, jangan terbeli madu kelulut tiruan atau
yang bukan 100% asli. Harga yang mahal atau murah bukan penanda aras untuk
menentukan keaslian sesuatu madu kelulut. Yang penting, pastikan siapa
pengeluarnya, dari mana sumber madu kelulut tersebut diperolehi dan bagaimana
ianya dihasilkan. Pilihan ada di hati dan tangan anda.
Apa kata kita tambah sikit
pengetahuan tentang sistem penghadaman/pencernaan makanan dalam tubuh badan
manusia.
Sistem Penghadaman Dalam Tubuh
Badan
· Penghadaman bermula
apabila makanan memasuki tubuh menerusi mulut. Proses ini juga turut melibatkan
organ-organ lain seperti kelenjar liur, hati, pundi hempedu dan pankreas.
· Penghadaman ialah
satu proses penghancuran atau pengisaran makanan secara fizikal, kemudiannya
diikuti dengan beberapa proses kimia bagi memecahkan molekul makanan yang
kompleks menjadi molekul atau elemen yang lebih halus dan terasing bagi
memudahkan proses penyerapan.
· Bahan yang tidak
dapat dimanfaatkan atau dipecahkan akan dibuang menerusi proses seterusnya yang
dikenali sebagai penyingkiran.
Sistem Pencernaan Dalam Tubuh
Badan
Sistem pencernaan (mulai dari
mulut sampai anus) berfungsi sebagai berikut :
· - Menerima makanan (mulut).
· - Memecah makanan
menjadi zat-zat gizi (mulut, esofagus & perut).
· - Menyerap zat-zat gizi
ke dalam aliran darah (usus).
· - Membuang makanan yang
tidak dapat dicerna dari tubuh (anus).
·
Saluran pencernaan
terdiri dari mulut, kerongkong esofagus, perut, usus kecil, usus besar, rektum
dan anus. Sistem pencernaan juga meliputi organ-organ yang terletak di luar
saluran pencernaan, iaitu pankreas, hati dan hempedu.
Wallahua’lam.