MADU KELULUT SYAMILLE - TERBAIK UNTUK ANDA

MADU KELULUT SYAMILLE - TERBAIK UNTUK ANDA

We are an established Commercial Beekeeper of Kelulut Bee/Stingless Bee/Trigona Bee in Malaysia, producing the finest grade, high quality honey and propolis products that are rich in anti-oxidants, anti-fungal, anti-bacterial and anti-inflammatory. The honey is light in color with delicious sweet & sour fruit taste. These honey and propolis are naturally suitable to cure illnesses through traditional treatment methods such as diabetes mellifluous, stroke, hepatitis, cancer, hypertension, kidney stones, gout, cough, etc. In terms of nutritional value and benefit, it is very much better than the normal honey.



Pengedar produk Madu Kelulut jenama SYAMILLE dikehendaki untuk seluruh Malaysia. Hubungi PEJABAT KAMI 05-7520209.


Untuk mendapatkan senarai Pengedar yang berdekatan, sila Hubungi PEJABAT KAMI 05-7520209.




Satu perjumpaan rasmi bertajuk Taklimat Potensi Madu Kelulut telah diadakan di Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW), Putrajaya pada hari Jumaat, 12 April 2013.  Perjumpaan ini dipengerusikan oleh Y.Bhg. Dato’ Nursiah binti Arshad TKSU(D). Turut dijemput hadir adalah wakil-wakil daripada MARA, FELCRA, RISDA, KEDA, KEJORA, KETENGAH, KESEDAR, JAKOA, MARDI dan SYAMILLE AGRO FARM SDN BHD.

Pembentangan taklimat potensi madu kelulut telah disampaikan oleh En. Mohd Fahimee Jaapar daripada Pusat Penyelidikan Sumber Strategik MARDI dan Hj. Zulkifli Zambri daripada Syamille Agro Farm Sdn Bhd.

Sesi pembentangan ini telah merangkumi semua aspek dan fakta penting dari sudut hasil penyelidikan oleh MARDI semenjak dari tahun 2000 sehingga kepada pengalaman sebenar dalam bidang penternakan lebah kelulut secara komersil oleh SYAMILLE.

Selain dari manfaat kesihatan dan mengamalkan pengambilan madu sebagai menuruti sunnah Rasullullah SAW, ternyata aktiviti ternakan lebah kelulut bagi penghasilan madu lebah kelulut asli adalah antara usaha yang dapat menjana pendapatan yang agak lumayan kepada ramai rakyat Malaysia dan seterusnya meningkatkan jumlah pengeluaran madu di dalam negara. Oleh itu, KKLW telah merancang beberapa inisiatif bagi memberi penerangan, kesedaran dan membuka peluang kepada orang ramai untuk menceburi bidang ternakan ini.

Hasil dari taklimat dan perbincangan ini, satu kesepakatan telah tercapai di kalangan semua yang hadir untuk menyokong dan memulakan rancangan strategik bagi memajukan bidang ternakan lebah kelulut ini secara besar-besaran.

Alhamdulillah, kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada KKLW yang telah memberi kepercayaan penuh kepada Syamille Agro Farm untuk menerajui usaha ini bersama-sama dengan KKLW, MARDI dan agensi-agensi kerajaan yang berkenaan. Semoga Allah SWT memudahkan segala urusan dan memberikan kejayaan kepada usaha kami ini. Amin....InsyaALLAH.


Leave a Reply