MADU KELULUT SYAMILLE - TERBAIK UNTUK ANDA

MADU KELULUT SYAMILLE - TERBAIK UNTUK ANDA

We are an established Commercial Beekeeper of Kelulut Bee/Stingless Bee/Trigona Bee in Malaysia, producing the finest grade, high quality honey and propolis products that are rich in anti-oxidants, anti-fungal, anti-bacterial and anti-inflammatory. The honey is light in color with delicious sweet & sour fruit taste. These honey and propolis are naturally suitable to cure illnesses through traditional treatment methods such as diabetes mellifluous, stroke, hepatitis, cancer, hypertension, kidney stones, gout, cough, etc. In terms of nutritional value and benefit, it is very much better than the normal honey.



Pengedar produk Madu Kelulut jenama SYAMILLE dikehendaki untuk seluruh Malaysia. Hubungi PEJABAT KAMI 05-7520209.


Untuk mendapatkan senarai Pengedar yang berdekatan, sila Hubungi PEJABAT KAMI 05-7520209.


Madu lebah kelulut terkenal dengan khasiatnya...tapi ramai yang belum pernah tengok lebah ni. Jom kita pergi tengok lebah kelulut di Syamille Agro Farm dengan lebih dekat lagi. 

Rajin sungguh lebah kelulut ni bekerja...tengok ajelah kat pintu terowong masuk sarang tu. Dinding terowong tu dibina sendiri oleh lebah kelulut menggunakan olahan campuran getah ataupun resin dari pokok yang dikenali sebagai propolis. Mengikut kajian, propolis bersifat antibiotik di mana tidak ada kuman atau bakteria jahat yang mampu menembus masuk ke dalam sarang melalui terowong ini. Itulah sebabnya apabila lebah kelulut pulang ke sarang membawa nektar dan pollen, ia akan menggeselkan badannya ke dinding terowong masuk ni untuk membersihkan diri serta membunuh apa-apa kuman atau bakteria jahat yang mengekorinya. Boleh dikatakan suasana di dalam sarang lebah kelulut termasuk tempat penyimpanan madunya adalah bebas daripada sebarang ancaman kuman atau penyakit. Propolis harganya sangat mahal dan digunakan secara meluas oleh manusia sebagai bahan membuat ubat antibiotik, anti-kanser, anti-radang dan menguatkan tenaga. Tapi awas...jangan terbeli propolis tiruan atau propolis yang tidak 100% asli.

SubhanALLAH!!! Hebatnya ciptaan Allah SWT. Wallahua'lam.


Leave a Reply