3 ~ 4 April 2013, Hari Pertama & Kedua MIHAs 2013
MasyaAllah, sambutan di booth Syamille amat baik sekali dan di luar jangkaan. Secara keseluruhannya, begitu ramai pengunjung yang hadir ke Mihas 2013. Kami tak menang tangan sepanjang dua hari pertama ini. Pengunjung tempatan begitu berminat sekali dengan produk madu kelulut Syamille. Kami juga mendapat permintaan positif dari pengunjung luar negara seperti Syria, Yaman, Palestin, Yaman, Iran, Singapore, Brunei dan Kanada. Begitu juga dengan beberapa orang pengunjung yang telah mendaftar sebagai pengedar rasmi produk Syamille. Alhamdulillah...
Pada hari pertama, Syamille dipilih untuk rakaman temuramah oleh krew rancangan Biz Malaysia TV1. Pada hari kedua, Syamille juga dipilih untuk ditemuramah oleh krew rancangan Selamat Pagi Malaysia (SPM) TV1 yang akan disiarkan pada pagi hari Sabtu ini, 6 April 2013.
Tinggal 2 hari, Jumaat dan Sabtu. Kami menjangkakan sambutan akan lebih hebat lagi. Pada hari Sabtu (hari terakhir), MIHAS akan dibuka kepada orang awam (tak perlu masuk guna business card), di mana seperti tahun-tahun lepas, jumlah pengunjung pada hari tersebut akan lebih ramai. Sebab apa? Kerana selalunya pada hari terakhir, selain daripada sampel makanan dan minuman yang berlambak-lambak, barangan-barangan yang dipamerkan di MIHAS juga akan dijual pada harga promosi (di bawah harga pasaran).
Syamille macamana? Ya....kami juga akan menawarkan madu lebah kelulut pada harga yang istimewa. Siapa cepat dia dapat. Apa lagi, jemputlah ke booth kami Sabtu ni. InsyaALLAH.
Persediaan di booth Syamille ala nusantara ni....sebelum pengunjung masuk pukul 10 pagi. Sarang sebenar lebah kelulut pun ada kami letakkan di sini, siap dengan lebah kelulut sekali (lebah kelulut hidup). Jika nak tengok, datanglah....
Wahhh..logo syarikat-syarikat yang menyertai MIHAS 2013...Logo Syamille mana?
Haaaa..itupun logo korporat Syamille Agro Farm Sdn Bhd
Antara pengunjung di booth Syamille...
Rakaman temuramah oleh pengacara Cik Tasnim khusus tentang produk madu lebah kelulut Syamille untuk rancangan Selamat Pagi Malaysia (SPM) di TV1 yang akan disiar pada hari Sabtu, 6 April 2013.
Inilah masanya untuk promote produk Syamille.
Ehhh...Sdr. Ejen Halal TV Al-Hijrah pun ada... alamak...gambar ni ada special effect pulak...
Ini percubaan resepi oleh pakar di booth Suci Harumatique untuk sampel minuman kesihatan madu kelulut Syamille, perisa Roselle dan Ros...
Yang ni paling best, resepi minuman madu kelulut perisa ekstrak Ros...
Tunggu kemunculan minuman kesihatan madu kelulut Syamille untuk semua peringkat umur tidak lama lagi. InsyaAllah.