Hari ni semua peserta MIHAS 2013 sibuk menyediakan booth masing-masing. Ada macam-macam bentuk booth, dan yang menarik adalah booth yang mempunyai reka bentuk khas. Oleh kerana ini pameran halal sedunia, ramai orang luar negara berada di sini.
Booth Syamille Agro Farm di Hall 5, no D71. Booth biasa saja, 3m x 3m. Alhamdulillah, pukul 6 petang booth dapat disiapkan. InsyaAllah, esok pagi sebelum majlis pelancaran ada lagi barang akan masuk untuk buat booth ni menarik lagi.
tapi sebelum tu bermula pukul 11 pagi, kakitangan Syamille berhempas pulas memasang dan menghias booth ni.... terima kasih...
Tuan-Puan dijemput hadir (18 tahun ke atas aje tau...), termasuk mereka yang berminat untuk menjadi pengedar produk Syamille, di sinilah tempat yang sesuai untuk kita berbincang. Maklumat lain tentang Mihas boleh di dapati di sini http://kelulutmalaysia.blogspot.com/2013/03/lokasi-petak-pameran-syamille-agro-farm.html