MADU KELULUT SYAMILLE - TERBAIK UNTUK ANDA

MADU KELULUT SYAMILLE - TERBAIK UNTUK ANDA

We are an established Commercial Beekeeper of Kelulut Bee/Stingless Bee/Trigona Bee in Malaysia, producing the finest grade, high quality honey and propolis products that are rich in anti-oxidants, anti-fungal, anti-bacterial and anti-inflammatory. The honey is light in color with delicious sweet & sour fruit taste. These honey and propolis are naturally suitable to cure illnesses through traditional treatment methods such as diabetes mellifluous, stroke, hepatitis, cancer, hypertension, kidney stones, gout, cough, etc. In terms of nutritional value and benefit, it is very much better than the normal honey.



Pengedar produk Madu Kelulut jenama SYAMILLE dikehendaki untuk seluruh Malaysia. Hubungi PEJABAT KAMI 05-7520209.


Untuk mendapatkan senarai Pengedar yang berdekatan, sila Hubungi PEJABAT KAMI 05-7520209.



Di persekitaran habitat dan eko-sistemnya, lebah kelulut berinteraksi dengan benda hidupan dan bukan hidupan, serta gaya hidupnya dipengaruhi oleh faktor fizikal disekelilingnya.

Beberapa tumbuhan, haiwan dan serangga yang dijumpai dan menumpang hidup di persekitarannya adalah seperti semut, anai-anai, labah-labah, cicak dan katak. Salah satu musuh utamanya adalah larva lalat di mana ianya boleh mengganggu musnah keseluruhan koloni lebah kelulut, sekiranya keadaan tidak terkawal. Terdapat juga ulat dari berbagai spesis serangga lain yang menyerang koloni lebah kelulut.


 Spesis pemangsa seperti cicak, mengkarung dan labah-labah juga didapati menunggu dan memakan lebah kelulut yang sedang pulang ke sarang. Monyet dan beruang juga didapati mencuri madu dan merosakkan sarang lebah kelulut.

 
Pada suatu ketika, manusia juga menjadi musuh dan ancaman utama kepada lebah kelulut. Selain daripada mengambil madu dari sarangnya, kedapatan juga manusia yang membakar sarang atau pun memotong musnah sarang lebah kelulut sebagai sebahagian daripada aktiviti perladangan. Manusia juga menjalankan aktiviti penyemburan racun serangga ke atas tanaman sehingga menyebabkan lebah kelulut mati atau pun mencemarkan sumber pencariannya seperti polen, nektar, damar dan air.


Lebah kelulut gemar kepada persekitaran hidup yang selamat dan sesuai untuk kesinambungan hidupnya. Ia juga dipengaruhi oleh faktor persekitaran yang memungkinkan memberi kesan kepada cuaca di sekelilingnya seperti faktor suhu yang optima, udara yang terkawal dan kelembapan yang relatif.

Kebanyakan lebah kelulut menyukai suhu yang hangat dan aktif pada hari yang panas dan sebaliknya kurang aktif pada waktu yang sejuk dan mendung. Lebah kelulut akan memerap di dalam sarangnya pada waktu hujan dan pada waktu malam.  Adakalanya, lebah kelulut lebih selesa tinggal di sarang yang lebih tinggi dari permukaan bumi.


Leave a Reply