Kita kini di
penghujung tahun 2013, tak lama lagi 2014 akan tiba. Alhamdulillah. Setinggi
kesyukuran kepada Allah SWT yang telah melimpahkan pelbagai nikmat dan rezki yang
tidak terhitung kepada kita semua. Bagi Syamille Agrofarm, beberapa aktiviti pada
tahun 2013 telah menjadi titik tolak bersejarah kepada beberapa pencapaian
yang amat baik sekali termasuk penganjuran kursus ternakan kelulut peringkat
nasional, pembekalan sarang koloni lebah kelulut dan pengedaran produk madu
kelulut serta propolis. Malah prestasi Syamille dalam bidang agro-pelancongan
dan resort juga bertambah baik pada tahun ini.
Penglibatan
Syamille berkonsep integrasi dalam projek Desa Lestari Desa Abad ke 21 di
bawah anjuran KKLW juga telah membuka lembaran baru kepada industri pengeluaran
madu kelulut di mana beberapa kampung terpilih di seluruh Malaysia telah pun
memulakan aktiviti ternakan kelulut secara komersil serta menjana pendapatan
melalui jualan madu kelulut. Malah dengan adanya MOU projek usahasama antara Syamille
dan KKLW ini, produk berasaskan madu kelulut telah diangkat dan dinobatkan
sebagai Ikon Produk Desa oleh pihak kerajaan.
Kepada semua
pelanggan dan pengedar setia kami di seluruh Malaysia, kami ucapkan ribuan
terima kasih di atas sokongan anda.
Alhamdulillah…bersesuaian dengan
kehebatan madu kelulut untuk mencegah, merawat dan menyembuhkan pelbagai
komplikasi kesihatan manusia, ramai pengamal madu kelulut Syamille telah beroleh
pelbagai manfaat kesihatan, kecergasan, kecerdasan dan kecantikan. Sama-samalah
kita menjaga ketinggian mertabat madu itu sendiri bersesuaian dengan derajatnya
sebagai makanan sunnah halalan toyyiban.
Cuma di
penghujung tahun ini, secara semulajadinya di Malaysia, berlangsungnya musim hujan
yang kerap dan udara sejuk kelembapan tinggi. Bermula dari Oktober hingga
Disember, musim hujan begini sudah pasti mempengaruhi dan mengurangkan kuantiti
pengeluaran madu kelulut disebabkan lebah kelulut itu sendiri sifatnya akan
lebih suka duduk memerap di dalam sarang ketika waktu mendung, gelap dan hujan.
Oleh kerana itu juga, penghasilan madu kelulut di ladang Syamille turut
terjejas dan berkurangan pada bulan November dan Disember tahun ini.
Pada
ketika ini, Syamille ketandusan stok madu kelulut kerana begitu ramai pelanggan
yang membeli, tambahan pula di musim cuti sekolah ini, ramai yang berkesempatan
datang terus ke ladang Syamille di Kuala Kangsar utuk mendapatkan madu kelulut.
Kami berharap para pengedar dan pelanggan kami dapat bersabar dan menerima
hakikat ini bahawasanya pada ketika ini stok madu kelulut adalah terhad dan tidak mencukupi.
Mengikut
keadaan musim di Malaysia juga, di antara bulan Januari sehingga April pada setiap
tahun, produktiviti lebah kelulut menghasilkan madu akan lebih banyak kerana
dalam tempoh masa tersebut cuaca lebih banyak panas (amat disukai oleh kelulut),
kebanyakkan pokok mengeluarkan bunga yang banyak dan ketika itu juga merupakan musim lebah
kelulut jantan mengawan (musim pembiakan lebah kelulut) yang mana banyak koloni baru akan terhasil.
Pada tahun
2014 yang akan datang, Syamille akan menambah baik perkhidmatan sedia ada
dan sebagaimana perancangan, kami juga akan mengeluarkan beberapa produk hiliran baharu
yang berasaskan madu dan propolis kelulut. Kami mohon kerjasama dan sokongan
anda semua.
InsyaAllah, TERIMA KASIH.