MADU KELULUT SYAMILLE - TERBAIK UNTUK ANDA

MADU KELULUT SYAMILLE - TERBAIK UNTUK ANDA

We are an established Commercial Beekeeper of Kelulut Bee/Stingless Bee/Trigona Bee in Malaysia, producing the finest grade, high quality honey and propolis products that are rich in anti-oxidants, anti-fungal, anti-bacterial and anti-inflammatory. The honey is light in color with delicious sweet & sour fruit taste. These honey and propolis are naturally suitable to cure illnesses through traditional treatment methods such as diabetes mellifluous, stroke, hepatitis, cancer, hypertension, kidney stones, gout, cough, etc. In terms of nutritional value and benefit, it is very much better than the normal honey.



Pengedar produk Madu Kelulut jenama SYAMILLE dikehendaki untuk seluruh Malaysia. Hubungi PEJABAT KAMI 05-7520209.


Untuk mendapatkan senarai Pengedar yang berdekatan, sila Hubungi PEJABAT KAMI 05-7520209.

Alhamdulillah, usahasama Projek Ternakan Lebah Kelulut diantara SYAMILLE dan KKLW telah berjalan dengan lancar dan mendatangkan hasil serta memberi manfaat kepada penduduk luar bandar.

Harian Metro 5 Disember 2013


Utusan Malaysia 5 Disember 2013

Projek madu kelulut diperluas

KUALA LUMPUR 4 Dis. - Kerajaan akan menambah jumlah penyertaan pembangunan kampung menerusi program Desa Lestari, khususnya melibatkan penternakan lebah kelulut bagi memenuhi permintaan pasaran madu tempatan dan luar negara.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, hal demikian kerana projek perintis melibatkan 11 buah kampung itu mencatat kejayaan memberangsangkan.

Katanya, penternakan lebah kelulut menjanjikan pulangan lumayan selain merupakan produk kesihatan yang mendapat permintaan tinggi dari dalam dan luar negara.

“Setelah projek perintis madu kelulut ini dijalankan selama lebih kurang empat bulan, peserta yang terlibat telah memperoleh purata pendapatan sehingga RM3,000 sebulan," katanya dalam sidang Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan asal Datuk Ahmad Jazlan Yaakub (BN-Machang) mengenai perkembangan projek perintis kampung abad ke-21.

Tambah Mohd. Shafie, sebanyak RM1 juta telah dibelanjakan bagi pelaksanaan projek tersebut dan penganjuran kursus-kursus kemahiran bagi melatih belia yang terlibat.

“Pihak kementerian telah memilih industri madu kelulut sebagai produk ikon kepada Desa Lestari berdasarkan kepada kriteria pelaksanaan Strategi Lautan Biru Kebangsaan iaitu mempunyai kos rendah, impak tinggi dan pulangan cepat," ujarnya.

Sehingga kini menurut beliau, sebanyak 29 kampung di seluruh negara terpilih bagi mengikuti program Desa Lestari yang merupakan projek perintis kampung abad ke-21 dengan peruntukan sebanyak RM137 juta.

Beliau berkata, selain menjadikan kawasan luar bandar maju, menarik dan menguntungkan untuk didiami, usaha itu merupakan satu usaha kerajaan mengekang penghijrahan penduduk ke bandar.


Leave a Reply