MADU KELULUT SYAMILLE - TERBAIK UNTUK ANDA

MADU KELULUT SYAMILLE - TERBAIK UNTUK ANDA

We are an established Commercial Beekeeper of Kelulut Bee/Stingless Bee/Trigona Bee in Malaysia, producing the finest grade, high quality honey and propolis products that are rich in anti-oxidants, anti-fungal, anti-bacterial and anti-inflammatory. The honey is light in color with delicious sweet & sour fruit taste. These honey and propolis are naturally suitable to cure illnesses through traditional treatment methods such as diabetes mellifluous, stroke, hepatitis, cancer, hypertension, kidney stones, gout, cough, etc. In terms of nutritional value and benefit, it is very much better than the normal honey.



Pengedar produk Madu Kelulut jenama SYAMILLE dikehendaki untuk seluruh Malaysia. Hubungi PEJABAT KAMI 05-7520209.


Untuk mendapatkan senarai Pengedar yang berdekatan, sila Hubungi PEJABAT KAMI 05-7520209.



Beberapa hari yang lepas, Syamille dikunjungi oleh dua orang pelancong eropah dari Jerman dan Perancis. Setelah diberi penerangan, mereka sangat teruja dengan aktiviti ternakan kelulut ini. Seumur hidup mereka inilah kali pertama mereka melihat spesis lebah kelulut dan baru tahu ada spesis lebah yang tidak menyengat. Oleh kerana lebah kelulut tidak boleh hidup di negara mereka, peluang yang ada tidak mereka sia-siakan. Setelah merasai sendiri keenakkan rasa masam-manis madu lebah kelulut Syamille, mereka telah membeli dua botol madu kelulut untuk di bawa pulang ke negara mereka. Alhamdulillah.






Baru-baru ini, pihak Koridor Utara Malaysia (Northern Corridor Implementation Authority) yang diwakili oleh En. Noorhisham, En. Kamaruzzaman dan Cik Nor Hidayah telah membuat lawatan rasmi ke Syamille Agrofarm & Resort bagi mendapatkan maklumat serta berbincang dengan lebih lanjut berkenaan dengan aktiviti pembangunan Syamille termasuk ternakan lebah kelulut. Kami ucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian mereka melawat resort dan ladang kami. Semoga segala yang dirancang akan berjaya dilaksanakan. InsyaAllah.







Kita kini di penghujung tahun 2013, tak lama lagi 2014 akan tiba. Alhamdulillah. Setinggi kesyukuran kepada Allah SWT yang telah melimpahkan pelbagai nikmat dan rezki yang tidak terhitung kepada kita semua. Bagi Syamille Agrofarm, beberapa aktiviti pada tahun 2013 telah menjadi titik tolak bersejarah kepada beberapa pencapaian yang amat baik sekali termasuk penganjuran kursus ternakan kelulut peringkat nasional, pembekalan sarang koloni lebah kelulut dan pengedaran produk madu kelulut serta propolis. Malah prestasi Syamille dalam bidang agro-pelancongan dan resort juga bertambah baik pada tahun ini.

Penglibatan Syamille berkonsep integrasi dalam projek Desa Lestari Desa Abad ke 21 di bawah anjuran KKLW juga telah membuka lembaran baru kepada industri pengeluaran madu kelulut di mana beberapa kampung terpilih di seluruh Malaysia telah pun memulakan aktiviti ternakan kelulut secara komersil serta menjana pendapatan melalui jualan madu kelulut. Malah dengan adanya MOU projek usahasama antara Syamille dan KKLW ini, produk berasaskan madu kelulut telah diangkat dan dinobatkan sebagai Ikon Produk Desa oleh pihak kerajaan.

Kepada semua pelanggan dan pengedar setia kami di seluruh Malaysia, kami ucapkan ribuan terima kasih di atas sokongan anda. 

Alhamdulillah…bersesuaian dengan kehebatan madu kelulut untuk mencegah, merawat dan menyembuhkan pelbagai komplikasi kesihatan manusia, ramai pengamal madu kelulut Syamille telah beroleh pelbagai manfaat kesihatan, kecergasan, kecerdasan dan kecantikan. Sama-samalah kita menjaga ketinggian mertabat madu itu sendiri bersesuaian dengan derajatnya sebagai makanan sunnah halalan toyyiban.

Cuma di penghujung tahun ini, secara semulajadinya di Malaysia, berlangsungnya musim hujan yang kerap dan udara sejuk kelembapan tinggi. Bermula dari Oktober hingga Disember, musim hujan begini sudah pasti mempengaruhi dan mengurangkan kuantiti pengeluaran madu kelulut disebabkan lebah kelulut itu sendiri sifatnya akan lebih suka duduk memerap di dalam sarang ketika waktu mendung, gelap dan hujan. Oleh kerana itu juga, penghasilan madu kelulut di ladang Syamille turut terjejas dan berkurangan pada bulan November dan Disember tahun ini. 

Pada ketika ini, Syamille ketandusan stok madu kelulut kerana begitu ramai pelanggan yang membeli, tambahan pula di musim cuti sekolah ini, ramai yang berkesempatan datang terus ke ladang Syamille di Kuala Kangsar utuk mendapatkan madu kelulut. Kami berharap para pengedar dan pelanggan kami dapat bersabar dan menerima hakikat ini bahawasanya pada ketika ini stok madu kelulut adalah terhad dan tidak mencukupi.

Mengikut keadaan musim di Malaysia juga, di antara bulan Januari sehingga April pada setiap tahun, produktiviti lebah kelulut menghasilkan madu akan lebih banyak kerana dalam tempoh masa tersebut cuaca lebih banyak panas (amat disukai oleh kelulut), kebanyakkan pokok mengeluarkan bunga yang banyak dan ketika itu juga merupakan musim lebah kelulut jantan mengawan (musim pembiakan lebah kelulut) yang mana banyak koloni baru akan terhasil.

Pada tahun 2014 yang akan datang, Syamille akan menambah baik perkhidmatan sedia ada dan sebagaimana perancangan, kami juga akan mengeluarkan beberapa produk hiliran baharu yang berasaskan madu dan propolis kelulut. Kami mohon kerjasama dan sokongan anda semua.

InsyaAllah, TERIMA KASIH.




Alhamdulillah. Pada 23 Disember 2013 yang lalu, pihak FELCRA Berhad Kuala Lumpur yang diketuai oleh Tn. Hj. Mohd Fauzi bin Mohd Tahir (Pengurus Besar Kumpulan), bersama Pengarah dan Pegawai FELCRA Negeri Perak telah membuat lawatan rasmi ke Syamille Agrofarm bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut berkenaan dengan aktiviti ternakan lebah kelulut secara komersil. 

Selepas dari sesi taklimat dan perbincangan, ahli rombongan tidak melepaskan peluang menyedut dan merasai kesedapan madu kelulut segar, terus dari sarang. InsyaAllah, lanjutan dari pertemuan yang penuh bermakna ini akan menghasilkan manfaat buat kita semua. 

Terima kasih kepada pihak FELCRA yang sudi meluangkan masa melawat ladang kami dan memberikan sokongan kepada kami.










SubhanAllah…ilmu Allah maha luas, dan setiap ilmu itu walaupun sekelumit yang kita dapat, insyaAllah boleh kita manfaatkan.

Alhamdulillah, kursus ternakan lebah kelulut hari pertama (21 Dis) dan kedua (22 Dis) untuk Program Desa Lestari anjuran Syamille-KKLW di Syamille Agro Farm & Resort Kuala Kangsar telah berjalan dengan lancar. Pada hari ke 2, para peserta ditunjukkan dan diajarkan kaedah penuaian madu dan propolis kelulut serta penyediaan sarang koloni lebah kelulut. 

Kursus kali ini adalah sesi terakhir untuk tahun 2013, di mana sebelum ini, hampir setiap hujung minggu, kursus ternakan kelulut diadakan. Alhamdulillah syukur, begitu ramai yang mendapat manfaat dari kursus ini. Dengan penuh semangat dan tanpa rasa jemu, kami mengendalikan kursus sebegini dengan niat menyampaikan ilmu yang sebaiknya demi agama, bangsa dan negara. Semoga semua insan yang terlibat, mendapat ilmu yang barakah. Amiin..

Kami sedang merangka jadual kursus ternakan kelulut 2014. InsyaAllah, akan dikeluarkan tidak lama lagi.

Klik gambar untuk imej lebih jelas