MADU KELULUT SYAMILLE - TERBAIK UNTUK ANDA

MADU KELULUT SYAMILLE - TERBAIK UNTUK ANDA

We are an established Commercial Beekeeper of Kelulut Bee/Stingless Bee/Trigona Bee in Malaysia, producing the finest grade, high quality honey and propolis products that are rich in anti-oxidants, anti-fungal, anti-bacterial and anti-inflammatory. The honey is light in color with delicious sweet & sour fruit taste. These honey and propolis are naturally suitable to cure illnesses through traditional treatment methods such as diabetes mellifluous, stroke, hepatitis, cancer, hypertension, kidney stones, gout, cough, etc. In terms of nutritional value and benefit, it is very much better than the normal honey.



Pengedar produk Madu Kelulut jenama SYAMILLE dikehendaki untuk seluruh Malaysia. Hubungi PEJABAT KAMI 05-7520209.


Untuk mendapatkan senarai Pengedar yang berdekatan, sila Hubungi PEJABAT KAMI 05-7520209.



Madu Kelulut adalah cecair pekat yang dihasilkan oleh lebah kelulut yang tidak menyengat. Rasanya masam-manis, sedap dimakan begitu sahaja atau pun dicampurkan dengan air. Kepekatannya lebih rendah dari madu lebah biasa kerana kandungan air di dalam madu kelulut adalah lebih tinggi. Warnanya agak berbeza-beza, daripada warna seakan jernih sehingga ke warna merah kegelapan, kerana warnanya dipengaruhi oleh nektar dan polen yang dibawa pulang ke sarang oleh lebah kelulut. Madu kelulut mengandungi pelbagai zat dan khasiat yang diperlukan oleh manusia serta mempunyai kuasa penyembuhan yang lebih tinggi jika dibandingkan dengan madu lebah biasa. 


Tabiat semula jadi lebah kelulut apabila membina sarang amat unik sekali di mana ia mampu membuat sarang di dalam batang pokok, rongga dahan kayu, sarang anai-anai yang ditinggalkan dalam tanah, dinding bangunan dan tiang rumah.


Lokasi ladang ternakan lebah kelulut Syamille Agro Farm yang terletak di kaki bukit hutan dara yang dipenuhi dengan flora dan fauna asli di Kuala Kangsar adalah sangat strategik. Lebah kelulut mendapatkan sumber makanan asli dari pokok-pokok dan tumbuhan sekitar secara semulajadi, yang kaya dengan alkaloids and flavonoids, serta mampu menghasilkan madu kelulut yang bernilai tinggi dari sudut manfaat kesihatan, perubatan, pemakanan, kecergasan dan kecerdasan. 


Sarang lebah kelulut di Syamille masih mengekalkan koloni asal dalam batang pokok yang terpilih bagi menjamin kematangan, keselesaan dan keselamatan koloni lebah kelulut. Kehidupan sosial di dalam sarang lebah kelulut terbentuk dari koloni induk yang terdiri dari seekor lebah ratu, beribu lebah betina dan beratus lebah jantan, yang mampu berkembang biak sehingga kuantitinya mencapai puluhan ribu ekor di dalam setiap satu sarang koloni. 


Berbeza dari cara madu lebah biasa dihasilkan, lebah kelulut akan memproses nektar yang dibawa pulang ke sarang dan menyimpan madu yang dihasilkan di dalam kantung khas berbentuk bebola bersalut bahan propolis. Apabila tiba waktu tuaian, madu kelulut yang telah tersedia dibawa keluar dari kantung khas tersebut melalui kaedah menebuk dan menyedut menggunakan peralatan khas oleh pekerja Syamille demi menjaga ketulenan dan kebersihannya. Walaupun harga madu kelulut di pasaran agak mahal dan nisbah pengeluaran tahunan madu lebah kelulut adalah lebih rendah dari pengeluaran madu lebah biasa, namun begitu disebabkan khasiat dan manfaat madu kelulut adalah lebih tinggi, ianya menjadi buruan bagi mereka yang mengetahuinya.



Harus diingat bahawa selain dari kemampuan lebah kelulut menghasilkan madu yang bernilai tinggi serta harganya mahal di pasaran, lebah kelulut juga adalah agen pendebungaan yang sangat efisyen, yang bertindak sebagai penyumbang utama kepada aktiviti pemeliharaan, kesuburan dan perkembangan eko-sistem semula jadi hutan dan tumbuhan di negara-negara yang beriklim tropika, khususnya di Malaysia.

Tahukah anda bahawa madu kelulut dan propolis kelulut telah dihasilkan secara komersil oleh beberapa negara beriklim tropika sejak puluhan tahun yang lalu?

Tahukah anda bahawa negara-negara dari Amerika Selatan adalah pengeluar dan pengekspot terbesar madu kelulut dan propolis kelulut di dunia?

Alhamdulillah, inilah rezeki untuk orang-orang di Malaysia. Atas usaha dan kesedaran masyarakat pada masa ini, industri ternakan lebah kelulut secara komersil telah pun dimulakan di Malaysia semenjak beberapa tahun yang lalu. Antara faktor yang boleh dibanggakan ialah madu kelulut Malaysia telah dikenal pasti sebagai madu kelulut yang terbaik di dunia.

Apakah cabaran penternak lebah kelulut pada masa ini? Benarkah permintaan melebihi pengeluaran?


One Comment