MADU KELULUT SYAMILLE - TERBAIK UNTUK ANDA

MADU KELULUT SYAMILLE - TERBAIK UNTUK ANDA

We are an established Commercial Beekeeper of Kelulut Bee/Stingless Bee/Trigona Bee in Malaysia, producing the finest grade, high quality honey and propolis products that are rich in anti-oxidants, anti-fungal, anti-bacterial and anti-inflammatory. The honey is light in color with delicious sweet & sour fruit taste. These honey and propolis are naturally suitable to cure illnesses through traditional treatment methods such as diabetes mellifluous, stroke, hepatitis, cancer, hypertension, kidney stones, gout, cough, etc. In terms of nutritional value and benefit, it is very much better than the normal honey.



Pengedar produk Madu Kelulut jenama SYAMILLE dikehendaki untuk seluruh Malaysia. Hubungi PEJABAT KAMI 05-7520209.


Untuk mendapatkan senarai Pengedar yang berdekatan, sila Hubungi PEJABAT KAMI 05-7520209.



Ramai yang bertanya bagaimana cara untuk mendapatkan bantuan dana untuk memulakan projek penternakan lebah kelulut. Baru-baru ini Kementerian Pertanian telah mengumumkan pakej dana khas penternakan lebah. Apa lagi...bolehlah hubungi pihak kementerian.

Posted on October 28, 2013, Monday

BERA: Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani menyediakan dana khas bagi menggalakkan golongan muda menceburi bidang penternakan lebah yang dilihat mampu menjana pendapatan lumayan.

Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kementerian berkenaan turut menyediakan latihan, barang keperluan, kepakaran dan kawasan ternakan lebah bagi menarik penyertaan golongan muda.

“Bagi mengusahakan 50 sarang lebah memerlukan modal permulaan antara RM40,000 hingga RM50,000 dan dalam tempoh empat bulan, ia sudah boleh mengeluarkan hasil,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pakej Program Usahawan Lebah peringat negeri di Kerayong, Bera semalam.

Beliau berkata Pahang merupakan negeri pertama dipilih bagi program berkenaan diikuti Perak serta negeri negeri lain di Semenanjung sebelum ke Sabah dan Sarawak.

“Program dengan kerjasama Unit Agropreneur Muda dan Jabatan Pertanian itu akan turut mengadakan klinik pakej ternakan lebah. Ternakan lebah, jika diusahakan secara komersil, boleh menghasilkan pendapatan RM5,000 hingga RM30,000 sebulan,” katanya.

Ismail Sabri berkata madu lebah kini mendapat permintaan tinggi bukan sahaja untuk pemakanan malah bagi sektor perubatan dan solekan.

“Negara membelanja wang yang banyak bagi import lebah kerana kita kurang menghasilkan madu, tahun 2008 nilai import madu lebah sebanyak RM26.7 juta telah meningkat kepada RM40.8 juta pada 2011 dan dijangka meningkat kepada RM50 juta tahun ini,” katanya.

Beliau berkata menerusi program itu, kementeriannya menyasar sejumlah 70 usahawan madu lebah akan dapat dilahirkan sebelum akhir tahun ini di Pahang.

“Sehingga kini, terdapat 730 usahawan madu lebah di seluruh negara dan kita mahu tingkatkan lagi jumlah pengusaha,” katanya. — Bernama


One Comment

  1. Terima kasih atas info ini. Sangat berguna. Saya ingin membela satu koloni di rumah. Sedang berjinak-jinak memilih spesis yang sesuai untuk dibela di apartment.

    ReplyDelete