Alhamdulillah, pada hari Khamis
10/10/13 yang lalu, kami telah membuat lawatan ke Kg. Tanjung Parang, Samarahan,
Sarawak, yang juga telah dipilih oleh KKLW sebagai lokasi penternakan lebah
kelulut secara komersil di bawah program Desa Lestari. Tujuan lawatan adalah
untuk berbincang, meninjau dan mengenal pasti kawasan strategik di sekitar
kampung untuk menempatkan sarang koloni lebah kelulut.
|
Sempat bergambar dengan kucing-kucing di Jalan Tunku Abdul Rahman, Kuching. |
|
Singgah di Pameran Sarawak Gemilang 50 Tahun |
|
En. Sufian melekatkan kad ucapan Yes sebagai tanda kenangan di pameran ini. |
|
Seawal 7.30 pagi keesokkan harinya, kami bertolak dari Bandar Kuching ke Samarahan. Di hujung perjalanan, kami perlu menaiki ferri untuk sampai ke destinasi. |
|
Inilah Sg Batang Samarahan yang terkenal dengan buaya-buaya besar lagi ganas seperti Si Bujang Senang. |
|
Sampai di Kg Tanjung Parang, terus dihidangkan sarapan pagi. |
|
Kuih traditional yang dinamakan Celorot. Rasanya memang sedap. |
|
Pegawai2 KEMAS dari Kuching dan Samarahan turut serta dalam sesi lawatan kali ini. |
|
Sarang koloni lebah kelulut di batang pokok. |
|
Otw balik, singgah beli kek lapis dan ikan terubuk masin sarawak. |
|
Mmm..ikan terubuk masin sarawak, kan sedap tu...walaupun menu yang simple. |