MADU KELULUT SYAMILLE - TERBAIK UNTUK ANDA

MADU KELULUT SYAMILLE - TERBAIK UNTUK ANDA

We are an established Commercial Beekeeper of Kelulut Bee/Stingless Bee/Trigona Bee in Malaysia, producing the finest grade, high quality honey and propolis products that are rich in anti-oxidants, anti-fungal, anti-bacterial and anti-inflammatory. The honey is light in color with delicious sweet & sour fruit taste. These honey and propolis are naturally suitable to cure illnesses through traditional treatment methods such as diabetes mellifluous, stroke, hepatitis, cancer, hypertension, kidney stones, gout, cough, etc. In terms of nutritional value and benefit, it is very much better than the normal honey.



Pengedar produk Madu Kelulut jenama SYAMILLE dikehendaki untuk seluruh Malaysia. Hubungi PEJABAT KAMI 05-7520209.


Untuk mendapatkan senarai Pengedar yang berdekatan, sila Hubungi PEJABAT KAMI 05-7520209.



Alhamdulillah dan tahniah kepada Koperasi Homestay Lonek Jempol Berhad yang telah menjayakan Projek Ternakan Lebah Kelulut di bawah bimbingan SYAMILLE AGROFARM. Selamat maju jaya.

HOMESTAY KG LONEK


Terletak kira-kira 60 kilometer dari Bandar Seremban, Homestay Kampung Lonek kini menjadi pilihan pelancong dalam dan luar negara terutama untuk merasai pengalaman tinggal dan menikmati kehidupan di kampung tradisional.

Sepanjang 2013, seramai 2,342 pelancong termasuk 429 pelancong asing datang menginap di Homestay Kampung Lonek.

Rumah-rumah tradisi milik penduduk kampung masih dijaga dengan sempurna. Keindahan sawah padi yang terbentang sepanjang perjalanan menuju ke Kampung Lonek dari pekan Batu Kikir turut menjadi tarikan untuk disinggahi dan bermalam di sini.

Mohd Faiz berkata pemilihan Kampung Lonek menjadi sebuah daripada 42 kampung dalam Projek Desa Lestari membuka ruang yang lebih besar kepada Kampung Lonek menjana ekonomi dan seterusnya membuka peluang pekerjaan kepada belia di sini.

Sebuah koperasi yang dinamakan Koperasi Homestay Lonek Jempol Berhad ditubuhkan pada Disember 2012, menjadi pemangkin kepada aktiviti ekonomi yang dijalankan untuk dinikmati bersama dengan penduduk kampung dan sekitarnya.

Dana sebanyak RM2.5 juta diterima daripada Kementerian kemajuan Luar Bandar dan Wilayah melalui pemberian jentera berat jengkaut dan traktor, tiga buah van dan tiga unit trem, sebuah lori tiga tan, lima unit chalet baru, tapak perkhemahan, kelengkapan kedai percetakan dan kelengkapan katering dan kanopi.

Tujuh bidang perniagaan dikenalpasti untuk digerakkan iaitu sewaan kenderaan, perusahaan madu kelulut, sewaan kanopi dan tapak perkhemahan, pengurusan homestay, bidang percetakan, perusahaan katering dan sewaan jentera berat.



2 Comments

  1. salam...propolis kelulut ape ye..
    blh saya tahu kenapa tuan jual murah madu kelulut nie..
    kebanyakan penjual menjual 1kg RM240..
    di kuala lumpur ada pengedar x??

    ReplyDelete
  2. W'Salam. Propolis berasal dari getah/resin pokok tertentu yg telah diambil dan diolah oleh lebah kelulut dengan air liur nya bersama polen, lilin lebah dbnya untuk dijadikan tampalan dalam dan luar sarang sebagai perlindungan kepada koloni. Ya, harga kami bukan murah tetapi harga menasabah. Kami jual terus dari ladang melalui rangkaian pengedar tanpa menggunakan orang tengah. RM240 agak mahal sbb ada peniaga dan orang tengah buat keuntungan dalam keadaan permintaan melebihi pengeluaran. Kos ternakan kelulut adalah rendah tetapi mengapa jual mahal. Niat kami nak bantu ramai orang dan pastikan semua golongan mampu beli, terutama orang Islam yang berpendapatan rendah. Senarai pengedar boleh didapati di laman blog kami kelulutmalaysia.blogspot.com. InsyaAllah.

    ReplyDelete