Sepanjang 2013, seramai 2,342 pelancong termasuk 429 pelancong asing datang menginap di Homestay Kampung Lonek.
Rumah-rumah tradisi milik penduduk kampung masih dijaga dengan sempurna. Keindahan sawah padi yang terbentang sepanjang perjalanan menuju ke Kampung Lonek dari pekan Batu Kikir turut menjadi tarikan untuk disinggahi dan bermalam di sini.
Dana sebanyak RM2.5 juta diterima daripada Kementerian kemajuan Luar Bandar dan Wilayah melalui pemberian jentera berat jengkaut dan traktor, tiga buah van dan tiga unit trem, sebuah lori tiga tan, lima unit chalet baru, tapak perkhemahan, kelengkapan kedai percetakan dan kelengkapan katering dan kanopi.
Tujuh bidang perniagaan dikenalpasti untuk digerakkan iaitu sewaan kenderaan, perusahaan madu kelulut, sewaan kanopi dan tapak perkhemahan, pengurusan homestay, bidang percetakan, perusahaan katering dan sewaan jentera berat.
salam...propolis kelulut ape ye..
ReplyDeleteblh saya tahu kenapa tuan jual murah madu kelulut nie..
kebanyakan penjual menjual 1kg RM240..
di kuala lumpur ada pengedar x??
W'Salam. Propolis berasal dari getah/resin pokok tertentu yg telah diambil dan diolah oleh lebah kelulut dengan air liur nya bersama polen, lilin lebah dbnya untuk dijadikan tampalan dalam dan luar sarang sebagai perlindungan kepada koloni. Ya, harga kami bukan murah tetapi harga menasabah. Kami jual terus dari ladang melalui rangkaian pengedar tanpa menggunakan orang tengah. RM240 agak mahal sbb ada peniaga dan orang tengah buat keuntungan dalam keadaan permintaan melebihi pengeluaran. Kos ternakan kelulut adalah rendah tetapi mengapa jual mahal. Niat kami nak bantu ramai orang dan pastikan semua golongan mampu beli, terutama orang Islam yang berpendapatan rendah. Senarai pengedar boleh didapati di laman blog kami kelulutmalaysia.blogspot.com. InsyaAllah.
ReplyDelete