MADU KELULUT SYAMILLE - TERBAIK UNTUK ANDA

MADU KELULUT SYAMILLE - TERBAIK UNTUK ANDA

We are an established Commercial Beekeeper of Kelulut Bee/Stingless Bee/Trigona Bee in Malaysia, producing the finest grade, high quality honey and propolis products that are rich in anti-oxidants, anti-fungal, anti-bacterial and anti-inflammatory. The honey is light in color with delicious sweet & sour fruit taste. These honey and propolis are naturally suitable to cure illnesses through traditional treatment methods such as diabetes mellifluous, stroke, hepatitis, cancer, hypertension, kidney stones, gout, cough, etc. In terms of nutritional value and benefit, it is very much better than the normal honey.



Pengedar produk Madu Kelulut jenama SYAMILLE dikehendaki untuk seluruh Malaysia. Hubungi PEJABAT KAMI 05-7520209.


Untuk mendapatkan senarai Pengedar yang berdekatan, sila Hubungi PEJABAT KAMI 05-7520209.



Alhamdulillah dan tahniah kepada Koperasi Homestay Kuala Medang (KHKM). Semoga usahasama dan kerjasama antara Syamille dan KHKM akan berterusan.

Wan Rosdy Wan Ismail (kiri) melihat ternakan lebah kelulut di Taman Kekal Pengeluaran Makanan Kuala Medang dekat Kuala Lipis, baru-baru ini.

KUALA LIPIS 26 Mei - Hulu Jelai bakal menjadi hab pasaran madu lebah kelulut apabila kerajaan negeri melebarkan penternakan ber­kenaan di Jeram Bechung, Kampung Kuala Medang dekat sini tahun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Perbandaran negeri, Datuk Wan Rosdy Wan Ismail berkata, projek berkenaan antara langkah kerajaan negeri menambah jumlah penyertaan pembangunan kampung menerusi program Desa Lestari, khususnya melibatkan penternakan lebah kelulut.

Katanya, penternakan se­rang­ga itu mempunyai potensi yang boleh diperluaskan kerana mendapat permintaan pasaran tempatan dan luar negara.

Sehubungan itu katanya, seramai 50 ahli Koperasi Homestay Kuala Medang (KHKM) menjadi perintis bagi projek tersebut apabila mereka akan mengusahakan sebanyak 150 buah sarang kelulut.

"Langkah ini dijangka mencatat kejayaan memberangsangkan khususnya untuk memenuhi aspirasi transformasi ekonomi bagi tujuan menambah pendapatan sampingan penduduk luar bandar.

"Kita memilih penduduk terbabit sebagai perintis projek itu kerana sebelum ini sebanyak 19 petani juga terbabit dengan projek pertanian di tanah seluas 160 hektar bagi projek Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) di Kampung Kuala Medang sejak tiga tahun lalu," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat projek ternakan lebah kelulut KHKM di Jeram Bechung, Kuala Medang dekat sini baru-baru ini.

Menurut Wan Rosdy, penternakan lebah kelulut menjanjikan pu­langan lumayan selain merupakan produk ke­sihatan yang mendapat permintaan tinggi dari dalam dan luar negara.

"Selepas empat bulan, penternak terbabit dijangka memperoleh purata pendapatan bulanan melebihi RM3,000," katanya.

Menurut beliau, projek berkenaan di bawah pakej peruntukan sebanyak RM1 juta daripada Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah untuk pelaksanaan, pe­ngurusan dan penganjuran kursus kemahiran bagi melatih penduduk khususnya belia yang berminat.

"Kita memilih industri madu kelulut sebagai produk ikon kepada Desa Lestari berdasarkan kepada kriteria pelaksanaan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) iaitu mempunyai kos rendah, impak tinggi dan pulangan cepat," ujarnya.

Katanya, selain menjadikan kawasan luar bandar maju berasaskan pertanian dan pelancongan, usaha ini merupakan satu langkah kerajaan mengekang penghijrahan penduduk ke bandar.




Leave a Reply