MADU KELULUT SYAMILLE - TERBAIK UNTUK ANDA

MADU KELULUT SYAMILLE - TERBAIK UNTUK ANDA

We are an established Commercial Beekeeper of Kelulut Bee/Stingless Bee/Trigona Bee in Malaysia, producing the finest grade, high quality honey and propolis products that are rich in anti-oxidants, anti-fungal, anti-bacterial and anti-inflammatory. The honey is light in color with delicious sweet & sour fruit taste. These honey and propolis are naturally suitable to cure illnesses through traditional treatment methods such as diabetes mellifluous, stroke, hepatitis, cancer, hypertension, kidney stones, gout, cough, etc. In terms of nutritional value and benefit, it is very much better than the normal honey.



Pengedar produk Madu Kelulut jenama SYAMILLE dikehendaki untuk seluruh Malaysia. Hubungi PEJABAT KAMI 05-7520209.


Untuk mendapatkan senarai Pengedar yang berdekatan, sila Hubungi PEJABAT KAMI 05-7520209.

Di bawah program pembangunan Desa Lestari KKLW, Syamille telah menghantar sarang-sarang lebah kelulut ke Kg Ulu Legong pada penghujung bulan Ogos 2013 yang lalu. Alhamdulillah, semenjak dari itu mereka telah berjaya menghasilkan madu kelulut secara berterusan. Tahniah kami ucapkan.





BALING, 15 Jan (Bernama) -- Projek madu kelulut yang diusahakan penduduk Kampung Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (Keda) Ulu Legong di sini mendapat sambutan menggalakkan.

Pengerusi projek Md Akhir Ismail berkata projek terbaharu yang diceburi penduduk itu turut mampu menghasilkan pendapatan lumayan kepada mereka.

"Tidak sampai setahun projek ini diusahakan, kami sudah menerima tempahan yang begitu banyak serta hampir setiap hari menerima pengunjung dari luar daerah yang ingin melihat dari dekat projek ternakan kelulut dijalankan," katanya kepada Bernama.

Beliau berkata pengunjung juga berpeluang menyedut madu kelulut dari sarangnya dengan dikenakan bayaran RM5.

Menurut Md Akhir, projek ternakan kelulut itu mendapat perhatian Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi) yang menghantar pegawai penyelidiknya untuk membuat kajian mengenai khasiat madu kelulut yang diternak di kampung itu.

Beliau berkata sebelum ini seramai 10 orang penduduk mengikuti kursus menternak kelulut di sebuah pusat ternakan kelulut di Perak.

"Dengan bantuan Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah serta Keda, kampung ini kini menjadi kawasan ternakan yang mempunyai lebih 120 sarang kelulut," katanya.

Pegawai Penyelidik Mardi, Mohd Fahimee Jaapar berkata kelulut yang diternak di kampung ini ialah dari jenis 'Trigona Itama' dan 'Trigona Thoracica'.

"Khasiat madu kelulut jenis ini dikatakan mampu menjadi penawar kepada penghidap kencing manis," katanya.


Sumber - BERNAMA

Posting penghantaran sarang



Leave a Reply