Saksikan esok siaran langsung majlis pra-pelancaran Karnival Usahawan Desa (KUD) di Sri Pentas TV3 dalam rancangan MHI TV3, Isnin, 2 September 2013, antara pukul 7 pagi ~ 10 pagi.
Madu Kelulut Syamille akan turut serta di ruang niaga yang telah disediakan dan akan dibuka kepada para pengunjung sehingga pukul 5 petang. Mengikut perancangan pihak penganjur, produk madu kelulut Syamille akan digunakan sebagai ikon dan gimik semasa acara pelancaran tersebut. Hari ini, kami membuat persiapan terakhir di ruang legar TV3 dan menyaksikan acara "rehersal" oleh semua pihak yang terlibat.
Majlis Pra-pelancaran ini diadakan sebagai promosi awal untuk Karnival Usahawan Desa 2013 yang akan diadakan di Presint 2, Putrajaya pada penghujung bulan September ini.
|
Ruang niaga yang dikhaskan untuk Syamille |
|
Acara "rehersal" diadakan sebagai persiapan akhir. |
|
Produk Syamille akan digunakan sebagai gimik pelancaran yang akan dilaksanakan oleh Datuk Seri Shafie Afdal. |