MADU KELULUT SYAMILLE - TERBAIK UNTUK ANDA

MADU KELULUT SYAMILLE - TERBAIK UNTUK ANDA

We are an established Commercial Beekeeper of Kelulut Bee/Stingless Bee/Trigona Bee in Malaysia, producing the finest grade, high quality honey and propolis products that are rich in anti-oxidants, anti-fungal, anti-bacterial and anti-inflammatory. The honey is light in color with delicious sweet & sour fruit taste. These honey and propolis are naturally suitable to cure illnesses through traditional treatment methods such as diabetes mellifluous, stroke, hepatitis, cancer, hypertension, kidney stones, gout, cough, etc. In terms of nutritional value and benefit, it is very much better than the normal honey.



Pengedar produk Madu Kelulut jenama SYAMILLE dikehendaki untuk seluruh Malaysia. Hubungi PEJABAT KAMI 05-7520209.


Untuk mendapatkan senarai Pengedar yang berdekatan, sila Hubungi PEJABAT KAMI 05-7520209.

Alhamdulillah, pada hari Khamis 5/9/13 yang lalu, kami telah membuat lawatan ke Kg. Batu Puteh, Kinabatangan, Sabah, yang juga telah dipilih oleh KKLW sebagai lokasi penternakan lebah kelulut secara komersil di bawah program Desa Lestari. Tujuan lawatan adalah untuk berbincang, meninjau dan mengenal pasti kawasan strategik di sekitar kampung untuk menempatkan sarang koloni lebah kelulut.

Kami menginap di Hotel Pavillion (5 min dari lapangan terbang Sandakan)
Masjid Datuk Haji Pengiran Galpam berhampiran hotel
Singgah di Pasar Umum Sandakan untuk beli mana yang patut sebagai buah tangan
Pasar ini terletak di tepi laut..ikan2 masih segar
Setelah menempuh perjalanan kira2 sejam setengah dari Sandakan, kami tiba di KOPEL (Koperasi Pelancongan Mukim Batu Puteh)
Koperasi Mukim Batu Puteh pernah memenangi beberapa anugerah...yang terbaru Anugerah Koperasi Negara 2013 Kategori Pelancongan, Penjagaan Diri dan Kesihatan



Alhamdulillah, sambil berbincang, dapat makan kueh mueh tempatan
Melawat AGOP BATU TULUG Tapak Pengkebumian Keranda Kayu Balak di atas bukit batu kapur (antara destinasi pelancongan popular di sini)
Untuk sampai di atas pada ketinggian 40m, kena daki guna tangga ni.

Lebih dari 41 keranda dalam gua atas bukit ini, yang berusia 700 - 900 tahun
Bukan calang-calang keranda, ia dibuat daripada Kayu Belian.
Melawat beberapa tapak yang berpotensi untuk projek ternakan lebah kelulut.




Setelah selesai, terus ke Pusat Komuniti Pelancongan Mukim Batu Puteh
Orang2 Kg Batu Puteh memang bemurah hati menyediakan santapan makan tengahari yang enak...lokasi di tepi sungai Kinabatangan
Itu dia...ikan puteh yang besar, udang galah,sambal durian merah dan lain2.
Ini tarian Menyambut Pahlawan Pulang Dari Perang
Jika mahu menyusuri Sungai Kinabatangan, boleh bermula di sini.
Dalam perjalanan balik ke Sandakan, singgah di gerai yang menjual Durian Merah
Buah Tarap pun banyak di jual di tepi jalan


Leave a Reply