MADU KELULUT SYAMILLE - TERBAIK UNTUK ANDA

MADU KELULUT SYAMILLE - TERBAIK UNTUK ANDA

We are an established Commercial Beekeeper of Kelulut Bee/Stingless Bee/Trigona Bee in Malaysia, producing the finest grade, high quality honey and propolis products that are rich in anti-oxidants, anti-fungal, anti-bacterial and anti-inflammatory. The honey is light in color with delicious sweet & sour fruit taste. These honey and propolis are naturally suitable to cure illnesses through traditional treatment methods such as diabetes mellifluous, stroke, hepatitis, cancer, hypertension, kidney stones, gout, cough, etc. In terms of nutritional value and benefit, it is very much better than the normal honey.



Pengedar produk Madu Kelulut jenama SYAMILLE dikehendaki untuk seluruh Malaysia. Hubungi PEJABAT KAMI 05-7520209.


Untuk mendapatkan senarai Pengedar yang berdekatan, sila Hubungi PEJABAT KAMI 05-7520209.



Apa sebenarnya yang ada dalam perut lebah? Tentulah isi perut lebah ialah sesuatu yang dimakannya dari semua jenis bunga-bungaan dan buah-buahan. Kemudian keluar darinya, sama ada yang keluar itu dalam bentuk asal atau bentuk yang lain setelah melalui proses tertentu ketika di dalam perut lebah itu. Lalu, ia keluar dalam bentuk cairan yang boleh diminum, dan warnanya berlainan.

Apabila madu keluar dari perut lebah, ianya bersifat cecair sebagai minuman dan dalam keadaan warna yang berbeza-beza kerana dipengaruhi oleh sumber makanan lebah tersebut, maka selagi keadaan aslinya tetap terpelihara, madu tersebut tetap mengandungi khasiat perubatan bagi manusia. Sebaliknya jika sifat asalnya telah berubah disebabkan faktor pemanasan dan penyejukan yang melampau atau pun telah diolah oleh manusia dengan mencampurkannya dengan bahan-bahan yang lain sehingga berubah warnanya, bentuknya, baunya ataupun rasanya, maka ianya tidak dijamin dapat menjadi ubat bagi menyembuhkan penyakit manusia.

Kita beriman, yakin dan percaya sepenuhnya dengan firman ALLAH SWT dalam Surah An-Nahli, ayat 69,  

“(Dengan itu) akan keluarlah dari dalam badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit)”.

Walau bagaimanapun, sebagai pengguna yang bijak, kita perlu berwaspada dengan tipu helah segelintir orang yang mahu mengambil kesempatan dengan mencampurkan madu asli dengan bahan-bahan lain sehingga menjadikan madu tersebut berubah sifat dan warnanya, tidak tulen dan tidak lagi berkhasiat seperti mana asalnya. Mereka ini hanya mementingkan keuntungan wang ringgit dan tidak kisah langsung kesan buruk yang terjadi kepada pengguna akibat sikap tamak haloba mereka. Lebih malang lagi apabila madu tiruan hasil dari campuran tersebut bakal memudaratkan penggunanya kerana orang yang membuatnya tidak mempunyai ilmu perubatan atau ilmu perawatan yang mencukupi. Di zaman yang serba moden ini, ditambah dengan teknologi maju yang tinggi, madu tiruan boleh dihasilkan dengan begitu terperinci sehingga sukar bagi pengguna biasa untuk mengesannya.

Nasihat kami kepada anda, pastikan dari mana sumber madu tersebut. Ambillah masa sebanyak yang mungkin untuk menyelidiki dari mana datangnya madu tersebut, siapa pengeluarnya, bagaimana pengendaliannya dan sebagainya. Itu hak anda sebagai pengguna. Jangan terpedaya.

Selain isu madu tiruan dan madu tidak asli, kebanyakan para peneliti juga berpendapat bahawa khasiat sesuatu madu lebah dalam menyembuhkan penyakit akan lenyap apabila ianya terdedah kepada unsur panas atau sejuk yang melampau. Jika sifat-sifatnya sudah berubah dan tabiat asalnya rosak, maka khasiat dan keistimewaannya pun akan lenyap.

Lebah kelulut menghasilkan sebatian protein, zat makanan dan multi-vitamin yang menyumbang kepada penghasilan madu kelulut yang berkhasiat tinggi. Kandungan madu kelulut yang kaya dengan bahan antioksidan, mineral, enzim dan vitamin amat baik untuk diambil setiap hari.

Di Syamille Agro Farm, kami mengalu-alukan sesiapa sahaja untuk menghubungi kami untuk mendapatkan kepastian berhubung khasiat, ketulenan dan keaslian madu kelulut yang kami hasilkan. Elakkan mendengar atau mengikut cerita orang yang tidak ada pengalaman.

Senantiasa beringat, “Harga yang tinggi bukan bermakna ianya asli, dan harga yang rendah bukan bermakna ianya tidak asli”.

Wallahua’lam.


Leave a Reply