MADU KELULUT SYAMILLE - TERBAIK UNTUK ANDA

MADU KELULUT SYAMILLE - TERBAIK UNTUK ANDA

We are an established Commercial Beekeeper of Kelulut Bee/Stingless Bee/Trigona Bee in Malaysia, producing the finest grade, high quality honey and propolis products that are rich in anti-oxidants, anti-fungal, anti-bacterial and anti-inflammatory. The honey is light in color with delicious sweet & sour fruit taste. These honey and propolis are naturally suitable to cure illnesses through traditional treatment methods such as diabetes mellifluous, stroke, hepatitis, cancer, hypertension, kidney stones, gout, cough, etc. In terms of nutritional value and benefit, it is very much better than the normal honey.



Pengedar produk Madu Kelulut jenama SYAMILLE dikehendaki untuk seluruh Malaysia. Hubungi PEJABAT KAMI 05-7520209.


Untuk mendapatkan senarai Pengedar yang berdekatan, sila Hubungi PEJABAT KAMI 05-7520209.



Alhamdulillah dan kami di Syamille Agro Farm mengucapkan tahniah kepada En. Nordin yang berusaha dengan bersungguh-sungguh dalam mempraktikkan ilmu yang telah kami sampaikan.




16 Jun 2014

KUALA LIPIS - Ternakan lebah kelulut merupakan industri baharu di luar bandar di kawasan Hulu Jelai dan ini dibuktikan oleh seorang pengusaha Nordin Talib, 48, yang gigih telah mula menitip hasil yang lumayan menerusi penyelenggaraan sebanyak 100 sarang lebah kelulut.

Dia yang mendapat latihan pengurusan penternakan serangga itu daripada Syamille Agro Farm, di Kuala Kangsar, Perak sejak enam bulan lepas telah menumpahkan pengetahuan dan pengalamannya dalam sektor berkenaan di Kampung Kuala Medang, di sini.

Projek ternakan lebah madu kelulut itu terletak berdekatan hutan Jeram Bechung, manakala berasaskan kemahiran yang dimilikinya, Nordin telah diamanahkan oleh Koperasi Homestay Kuala Medang (KHKM) untuk menyelenggarakan ternakan berkenaan.

“Kita memulakan ternakan sebanyak 100 buah sarang setakat ini, manakala sebanyak 80 buah daripadanya berpotensi menghasilkan madu kelulut dan telah pun dipasarkan sejak dua bulan lepas.

“Penjagaannya mudah sahaja hanya perlu memantau setiap hari agar tidak ada gangguan haiwan lain kerana serangga kelulut ini bergerak dalam ‘koloni’ masing-masing dan tahu pulang ke sarang selepas mencari makanan seperti buah-buahan dan bunga dari Hutan Jeram Becung,” katanya di Kuala Medang sini kelmarin.

Menurutnya, pendapatan daripada industri ternakan lebah kelulut amat berbaloi kerana nilai pasaran semasa madu kelulut mencecah RM100 untuk sekilogram.

“Kita menyasarkan sebanyak 60 kilogram madu lebah kelulut bulan ini dan dijangka memperoleh pulangan sebanyak RM6,000.

“Kebiasaannya, madu lebah kelulut dipasarkan di sekitar pekan Sungai Koyan, Kuala Lipis dan perkampungan di kawasan Hulu Jelai,” katanya.

Nordin berkata, berasaskan khasiat untuk kesihatan dan perubatan, madu lebah kelulut Kuala Medang sudah ditempah lebih awal oleh pengusaha yang mengeluarkan makanan dan minuman kesihatan termasuk penduduk berdekatan untuk tujuan perubatan.

“Memandangkan potensi pasaran yang memberangsangkan, kami telah merancang untuk melebarkan lagi ternakan lebah kelulut, sekali gus dapat menambahkan pendapatan sebanyak 19 orang pengusaha lain yang juga ahli Koperasi Homestay Kuala Medang.

“Projek itu bukan sahaja menjana pendapatan isi keluarga malah menyemarakkan lagi sektor pelancongan inap desa di Kuala Medang yang sentiasa menjadi tumpuan pelancong luar, agensi kerajaan dan penuntut institusi pengajian tinggi awam (IPTA),” katanya.

Sumber: http://www.sinarharian.com.my/edisi/pahang/lebah-kelulut-beri-hasil-lumayan-1.290412
 


Leave a Reply