MADU KELULUT SYAMILLE - TERBAIK UNTUK ANDA

MADU KELULUT SYAMILLE - TERBAIK UNTUK ANDA

We are an established Commercial Beekeeper of Kelulut Bee/Stingless Bee/Trigona Bee in Malaysia, producing the finest grade, high quality honey and propolis products that are rich in anti-oxidants, anti-fungal, anti-bacterial and anti-inflammatory. The honey is light in color with delicious sweet & sour fruit taste. These honey and propolis are naturally suitable to cure illnesses through traditional treatment methods such as diabetes mellifluous, stroke, hepatitis, cancer, hypertension, kidney stones, gout, cough, etc. In terms of nutritional value and benefit, it is very much better than the normal honey.



Pengedar produk Madu Kelulut jenama SYAMILLE dikehendaki untuk seluruh Malaysia. Hubungi PEJABAT KAMI 05-7520209.


Untuk mendapatkan senarai Pengedar yang berdekatan, sila Hubungi PEJABAT KAMI 05-7520209.



Alhamdulillah dan tahniah kepada Koperasi Homestay Kuala Medang (KHKM). Semoga usahasama dan kerjasama antara Syamille dan KHKM akan berterusan.

Wan Rosdy Wan Ismail (kiri) melihat ternakan lebah kelulut di Taman Kekal Pengeluaran Makanan Kuala Medang dekat Kuala Lipis, baru-baru ini.

KUALA LIPIS 26 Mei - Hulu Jelai bakal menjadi hab pasaran madu lebah kelulut apabila kerajaan negeri melebarkan penternakan ber­kenaan di Jeram Bechung, Kampung Kuala Medang dekat sini tahun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Perbandaran negeri, Datuk Wan Rosdy Wan Ismail berkata, projek berkenaan antara langkah kerajaan negeri menambah jumlah penyertaan pembangunan kampung menerusi program Desa Lestari, khususnya melibatkan penternakan lebah kelulut.

Katanya, penternakan se­rang­ga itu mempunyai potensi yang boleh diperluaskan kerana mendapat permintaan pasaran tempatan dan luar negara.

Sehubungan itu katanya, seramai 50 ahli Koperasi Homestay Kuala Medang (KHKM) menjadi perintis bagi projek tersebut apabila mereka akan mengusahakan sebanyak 150 buah sarang kelulut.

"Langkah ini dijangka mencatat kejayaan memberangsangkan khususnya untuk memenuhi aspirasi transformasi ekonomi bagi tujuan menambah pendapatan sampingan penduduk luar bandar.

"Kita memilih penduduk terbabit sebagai perintis projek itu kerana sebelum ini sebanyak 19 petani juga terbabit dengan projek pertanian di tanah seluas 160 hektar bagi projek Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) di Kampung Kuala Medang sejak tiga tahun lalu," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat projek ternakan lebah kelulut KHKM di Jeram Bechung, Kuala Medang dekat sini baru-baru ini.

Menurut Wan Rosdy, penternakan lebah kelulut menjanjikan pu­langan lumayan selain merupakan produk ke­sihatan yang mendapat permintaan tinggi dari dalam dan luar negara.

"Selepas empat bulan, penternak terbabit dijangka memperoleh purata pendapatan bulanan melebihi RM3,000," katanya.

Menurut beliau, projek berkenaan di bawah pakej peruntukan sebanyak RM1 juta daripada Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah untuk pelaksanaan, pe­ngurusan dan penganjuran kursus kemahiran bagi melatih penduduk khususnya belia yang berminat.

"Kita memilih industri madu kelulut sebagai produk ikon kepada Desa Lestari berdasarkan kepada kriteria pelaksanaan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) iaitu mempunyai kos rendah, impak tinggi dan pulangan cepat," ujarnya.

Katanya, selain menjadikan kawasan luar bandar maju berasaskan pertanian dan pelancongan, usaha ini merupakan satu langkah kerajaan mengekang penghijrahan penduduk ke bandar.






Alhamdulillah, sasaran Syamille Agro Farm melebarkan rangkaian pusat ternakan dan pemasaran kelulut ke seluruh Malaysia telah berjaya dilaksanakan dan mencapai kejayaan yang amat memberangsangkan. Dalam tempoh 10 bulan yang lalu, sebanyak lebih kurang 4,000 unit sarang koloni ternakan kelulut telah di hantar ke beberapa lokasi ladang ternakan kelulut yang meliputi negeri Perak, Perlis, Pulau Pinang, Kedah, Terengganu, Johor, Negeri Sembilan, Pahang, Melaka, Selangor dan Kelantan. Melalui rangkaian kerjasama ini, Syamille berupaya meningkatkan kapasiti pengeluaran dan keupayaan perniagaan produk huluan dan hiliran berasaskan madu kelulut melalui persefahaman jangka panjang. InsyaAllah susulan dari kejayaan ini, banyak lagi sarang-sarang koloni kelulut yang akan dihantar ke beberapa lokasi ladang ternakan yang bakal diwujudkan. Terima kasih kami ucapkan kepada semua pihak yang telah terlibat dan memberi kerjasama yang sangat baik.





Antara haiwan pemangsa dan perosak yang digeruni oleh penternak lebah kelulut adalah beruang madu. Salah satu cara untuk menyekat kehadiran beruang madu di pusat usahasama ternakan kelulut di bawah bimbingan Syamille Agro Farm di Kg Semelor, Gerik, Perak adalah dengan memasang pagar elektrik di sekeliling kawasan penempatan sarang koloni kelulut.



Lihat video di
http://www.youtube.com/watch?v=9MVtjzCNvnU pada minit 5:15, bagaimana dengan mudahnya beruang madu merobek sarang lebah kelulut pada batang pokok untuk mendapatkan madu kelulut.

Sumber Informasi di bawah ini: FFI Aceh, Kumpulan Informasi Menarik Tentang Beruang Terkecil di Dunia.

Dalam keluarga beruang, terdapat 8 jenis beruang di dunia yang hidupnya menyebar. Mereka di kenal sebagai beruang kutub, beruang coklat, beruang hitam amerika, beruang andes, beruang panda, beruang sloth, beruang hitam asia dan beruang madu.

Beruang madu dalam istilah ilmu pengetahuan dikenal dengan nama Herarctos malayanus, yang berarti beruang matahari dari Malaya, dalam bahasa Inggeris disebut Sun Bear, beruang madu adalah jenis beruang terkecil dari jenis beruang lainnya. Berat badannya berkisar antara 30 - 60 kg dengan panjang badan yang berkisar antara 100 - 120 cm. Walaupun ia yang terkecil, beruang madu memiliki lidah dan kuku depan yang terpanjang. Selain itu setiap ekor beruang madu dapat dikenali dari tanda di dadanya yang mempunyai bentuk, corak, dan warna yang khas.

Lidah dan kuku panjang digunakan untuk mencari makanan, sebab beruang madu sangat suka memakan berbagai jenis serangga seperti rayap dan ulat kumbang yang hidup dalam kayu lapuk. Ia juga sangat suka sekali makan madu. Dengan taring dan kukunya, ia dapat dengan mudah membongkar kayu untuk mencari sarang lebah atau kelulut yang tersembunyi di dalam batang pohon.

Selain itu, beruang madu sangat suka makan buah - buahan, bila pada musimnya, mereka paling suka makan buah durian, cempedak dan beragam buah lainnya. Bahkan kadang - kadang ia makan beberapa jenis bunga. Jadi walau beruang madu tergolong  dalam keluarga karnivora (pemakan daging) sebetulnya ia adalah satwa omnivora (seperti manusia).

Beruang madu hanya terdapat di Asia Tenggara. Mereka hanya ada di hutan hujan tropis di bagian timur India, Banglades, Burma, Laos, Thailand, Kamboja, Vietnam, Malaysia, di Pulau Sumatera dan Borneo  (termasuk Kalimantan, Brunei, Sabah dan Serawak).

Beberapa catatan terdahulu menunjukan bahwa beruang madu pernah ada ditemukan di Tibet bagian timur, Cina Selatan dan Pulau Jawa. Namun telah punah akibat hutan di daerah tersebut telah punah akibat hutan di daerah tersebut telah rusak dan adanya pemburuan beruang oleh manusia.

Di habitat alaminya, beruang madu memiliki wilayah jelajah yang cukup luas. Dari penelitian yang pernah dilakukan, luas hutan yang dibutuhkan oleh beruang madu, diketahui untuk satu ekor betina sekitar 500 Ha, dan luas untuk satu ekor jantan sedikitnya 1.500 Ha. Luasnya wilayah jelajah yang dibutuhkan sangat tergantung dari ketersediaan sumber makanan.

Beruang madu hidupnya diurnal, yang berarti aktif pada siang hari, tetapi sering juga tidur sejenak pada siang hari. Belum banyak yang diketahui bagaimana pola sosial beruang madu. Data yang ada menunjukan bahwa mereka merupakan satwa yang hidup menyendiri, sama halnya dengan jenis beruang lain.

Kelompok beruang madu yang sering ditemukan di hutan hanya induk dengan anaknya (satu anak yang dilahirkan setiap 2 atau 3 tahun). Terkadang pada saat musim buah yang besar dapat saja mereka terlihat dalam kumpulan.

Beruang madu sangat berperanan dalam meregenerasi hutan sebagai penyebar biji buah - buahan dan terkenal sebagai pemanjat pohon yang ulung. Sifatnya pemalu, hidup soliter/penyendiri, aktif di siang hari dengan kebutuhan wilayah jelajah yang luas. Beruang madu adalah satwa yang dilindungi, statusnya terancam punah dan hanya ditemukan hidup di hutan hujan tropis Asia Tenggara. UU Pemerintah Indonesia No.5 Tahun 1990 Tentang Konservasi Sumber Daya Alam Hayati (BKSDA) dan Ekosistemnya, telah melindungi beruang madu di Indonesia.

Beruang Madu atau Sun Bear adalah beruang terkecil di dunia, tingginya sekitar 4 kaki (1,2 meter). Mereka tinggal di daerah hutan hujan tropis di Asia Tenggara. Beruang madu merupakan hewan omnivora yang memakan berbagai jenis tanaman dan hewan. Saat ini beruang madu terancam punah karena berkurangnya habitat mereka akibat pemburuan liar, baik untuk diambil dagingnya atau kepentingan medis.