Alhamdulillah,
semalam, Isnin 26/8/13, kami telah membuat lawatan ke Kg. Semelur (Perkampungan Orang Asli), Air Banun, Daerah Hulu Perak, yang juga telah
dipilih oleh KKLW sebagai lokasi penternakan lebah kelulut secara
komersil di bawah program
Desa Lestari. Tujuan lawatan adalah untuk berbincang, meninjau dan
mengenal pasti kawasan strategik
di sekitar kampung untuk menempatkan sarang koloni lebah kelulut.
Dari Kuala Kangsar kami mengambil masa hampir 2 jam setengah untuk sampai ke Kg. Semelur yang turut disertai oleh pegawai-pegawai dari JAKOA dan Pejabat Daerah Perak. Tok Batin Penghulu Samad dan orang kampung telah berbincang dengan kami dan menunjukkan kawasan yang sesuai sebagai tapak untuk projek ternakan lebah kelulut ini.
Menggunakan kenderaan 4WD untuk sampai ke Kg Semelur |
Berhenti seketika di Pejabat Pentadbiran JAKOA Air Banun sebelum melalui jalan yang "lebih mencabar" sejauh 12 km untuk sampai ke destinasi. |
Perkampungan mereka cantik dan bersih serta pernah memenangi anugerah Kg Orang Asli Cemerlang Seluruh Malaysia pada satu ketika dahulu. |
Tok Batin Penghulu Samad (tengah) dan Pegawai JAKOA, En. Hassan (kiri). |
Pada pintu salah sebuah rumah ada sarang lebah kelulut. |
Pintu masuk sarang lebah kelulut di pintu rumah tersebut. |