Alhamdulillah, semalam, Rabu 21/8/13, kami telah membuat lawatan ke Kg. Lonek, Batu Kikir, Negeri Sembilan, yang juga telah
dipilih oleh KKLW sebagai lokasi penternakan lebah kelulut secara
komersil di bawah program
Desa Lestari. Tujuan lawatan adalah untuk berbincang, meninjau dan
mengenal pasti kawasan strategik
di sekitar kampung untuk menempatkan sarang koloni lebah kelulut.
|
Antara tapak ternakan lebah kelulut yang dipilih untuk projek ini. |
|
Terima kasih kerana menjamu kami makan tengahari. |
|
Inilah 2 buah rumah di Kg. Lonek yang menjadi lokasi utama penggambaran filem Waris Jari Hantu beberapa tahun yang lepas. Menarik dengar cerita orang kampung tentang pengalaman mereka terlibat dalam filem ni. |