Alhamdulillah, semalam, Jumaat 23/8/13, kami telah membuat lawatan ke Kg. Pachitan, Port Dickson, Negeri Sembilan, yang juga telah
dipilih oleh KKLW sebagai lokasi penternakan lebah kelulut secara
komersil di bawah program
Desa Lestari. Tujuan lawatan adalah untuk berbincang, meninjau dan
mengenal pasti kawasan strategik
di sekitar kampung untuk menempatkan sarang koloni lebah kelulut.
Alhamdulillah...terima kasih menjamu kami makan sarapan pagi |
Produk Agar-Agar Kelapa (Coconut Jelly) Kg Pachitan...memang sedap...jika nak order, nombor untuk dihubungi ada kat situ. |
Nampak tak? Kat hujung tiang tu pun ada sarang lebah kelulut. |
Semangat Hari Raya Aidil Fitri...berkunjung ke rumah Hj. Bunanda |
Gambar kenangan. Terima kasih kepada semua penduduk Kg Pachitan. |