Alhamdulillah… Sepertimana amalan
biasa, pelajar-pelajar kami di Ma’had Tahfiz
An-Nuri membacakan 30 juzuk Al-Quran diikuti dengan doa-doa ruqyah (perubatan
Islam) ke atas madu kelulut yang telah dikumpulkan baru-baru ini. Seterusnya madu kelulut tersebut akan dibotolkan
untuk pengedaran dan jualan. Semoga barakah. Amin.
MADU KELULUT SYAMILLE - TERBAIK UNTUK ANDA
We are an established Commercial Beekeeper of Kelulut Bee/Stingless Bee/Trigona Bee in Malaysia, producing the finest grade, high quality honey and propolis products that are rich in anti-oxidants, anti-fungal, anti-bacterial and anti-inflammatory. The honey is light in color with delicious sweet & sour fruit taste. These honey and propolis are naturally suitable to cure illnesses through traditional treatment methods such as diabetes mellifluous, stroke, hepatitis, cancer, hypertension, kidney stones, gout, cough, etc. In terms of nutritional value and benefit, it is very much better than the normal honey.
Pengedar produk Madu Kelulut jenama SYAMILLE dikehendaki untuk seluruh Malaysia. Hubungi PEJABAT KAMI 05-7520209.
Untuk mendapatkan senarai Pengedar yang berdekatan, sila Hubungi PEJABAT KAMI 05-7520209.
Alhamdulillah, hari ini, Rabu 28/8/13, kami telah membuat lawatan ke Kg. Permatang Duku, Pontian, Johor, yang juga telah
dipilih oleh KKLW sebagai lokasi penternakan lebah kelulut secara
komersil di bawah program
Desa Lestari. Tujuan lawatan adalah untuk berbincang, meninjau dan
mengenal pasti kawasan strategik
di sekitar kampung untuk menempatkan sarang koloni lebah kelulut.
Terima kasih kerana menjamu kami makan tengahari |
Berhari raya di rumah Wak Salleh |
Di pintu belakang BalaiRaya pun ada sarang kelulut. |
Alhamdulillah,
semalam, Isnin 26/8/13, kami telah membuat lawatan ke Kg. Semelur (Perkampungan Orang Asli), Air Banun, Daerah Hulu Perak, yang juga telah
dipilih oleh KKLW sebagai lokasi penternakan lebah kelulut secara
komersil di bawah program
Desa Lestari. Tujuan lawatan adalah untuk berbincang, meninjau dan
mengenal pasti kawasan strategik
di sekitar kampung untuk menempatkan sarang koloni lebah kelulut.
Dari Kuala Kangsar kami mengambil masa hampir 2 jam setengah untuk sampai ke Kg. Semelur yang turut disertai oleh pegawai-pegawai dari JAKOA dan Pejabat Daerah Perak. Tok Batin Penghulu Samad dan orang kampung telah berbincang dengan kami dan menunjukkan kawasan yang sesuai sebagai tapak untuk projek ternakan lebah kelulut ini.
Menggunakan kenderaan 4WD untuk sampai ke Kg Semelur |
Berhenti seketika di Pejabat Pentadbiran JAKOA Air Banun sebelum melalui jalan yang "lebih mencabar" sejauh 12 km untuk sampai ke destinasi. |
Perkampungan mereka cantik dan bersih serta pernah memenangi anugerah Kg Orang Asli Cemerlang Seluruh Malaysia pada satu ketika dahulu. |
Tok Batin Penghulu Samad (tengah) dan Pegawai JAKOA, En. Hassan (kiri). |
Pada pintu salah sebuah rumah ada sarang lebah kelulut. |
Pintu masuk sarang lebah kelulut di pintu rumah tersebut. |