Saturday, 15 February 2014
Assalamualaikum w.b.t
Mengimbas kembali pada tahun yang lalu, saya dan anak-anak
berpeluang mengikuti suami berkursus di Syamille Agro Farm & Resort, Kuala Kangsar, Perak. Orang kata sambil menyelam sambil
minum air, alang-alang masa saya sepenuhnya berada di rumah, kami anak-beranak
ikut sekali suami ke sana untuk menghabiskan masa bersama-sama. Komitmen kerja
suami memerlukan beliau bertugas di luar kawasan hampir setiap minggu. Ini
membataskan kami untuk menghabiskan masa bersama. Sebab itulah, bila ada
peluang masa kami akan gunakan sebaik-baiknya untuk memastikan kualiti masa
bersama anak-anak tidak diabaikan walaupun sibuk.
Perjalanan kami ke Kuala Kangsar mengambil masa hampir 4 jam
lebih untuk sampai ke destinasi. Suami memaklumkan tempat tersebut sangat
berbeza, unik dan seronok untuk dikunjungi.
Subhanallah, apabila sampai sahaja
di resort tersebut, sebuah surau kecil tersergam indah berhadapan bilik resort
yang akan kami diami. Kebetulan kami sampai pada waktu di mana azan zohor
sedang berkumandang. Menurut suami, surau tersebut digunakan oleh anak-anak
yang belajar tahfiz di dalam resort ini. Saya bagaikan terpegun kerana
sebenarnya terdapat sebuah sekolah tahfiz di tengah hutan, yang telah di
asaskan oleh pemilik resort ini sendiri. Lebih menarik lagi resort ini juga
pada asalnya adalah tempat ladang agrikultur dan penternakan persendirian, yang
kemudiannya sedikit demi sedikit menjadi tempat percutian berinspirasikan alam
semulajadi. Walaupun resort ini berada di pinggir kaki bukit hutan dara, tempat
penginapan yang dibina langsung tidak mengusik keindahan lumrah alam
semulajadinya. Menurut suami, di dalam Syamille Agro Farm & Resort ini
terdapat ladang utama bagi penternakan Lebah Madu Kelulut keluaran Syamille
Agro Farm.
Suasana tenang dan aman damai yang dialami sangat menarik
hati saya untuk terus meneroka di seluruh pelusuk resort tersebut. Sepanjang
dua (2) hari berada di sana, saya sempat berkunjung ke Mini Zoo yang dibina
dalam resort ini. Anak-anak sangat gembira melihat haiwan ternakan yang ada
secara langsung seperti rusa, burung merpati, nuri dan pelbagai jenis ikan di
kolam. Pelbagai jenis buah-buahan bermusim juga ada di sini seperti cempedak,
nangka, limau nipis, dokong, mata kucing, durian, rambutan, langsat, kelapa
muda, limau madu, belimbing dan jambu batu. Di dalam resort ini juga terdapat
anak sungai yang mengalir dari Lata Perahu yang amat tenang dan menyamankan.
Bermula daripada kunjungan saya dan suami ke resort
tersebut, satu persatu saya memahami dan mengetahui manfaat berkenaan makanan
sunnah Madu Lebah Kelulut keluaran Syamille Agro Farm. Madu Lebah Kelulut keluaran Syamille Agro Farm ini sangat
bermanfaat dan berkhasiat untuk mencegah, merawat dan menyembuhkan pelbagai
penyakit, di antaranya Kencing Manis, Kanser, Strok, Hepatitis Hati, Darah
Tinggi, Batu Karang, Asma, Gout, Batuk, Selesema, Sakit Kerongkong, Ulser dan
lain-lain.
Dari Ibnu Mas'Ud R.A, Nabi Muhammad s.a.w bersabda:
"Madu penyembuh untuk penyakit dan Al-Quran penyembuh
penyakit dalam hati dan hendaklah kamu berubat dengan madu dan Al-Quran"
(Hadith riwayat Ibn Majah, Al-Hakim)
Di dalam Surah Al-Nahl, ayat 69 juga Allah s.w.t berfirman
yang bermaksud:
"...madu yang berlainan warnanya, yang mengandungi
penawar bagi manusia daripada berbagai jenis penyakit.."
Apa yang menarik berkenaan Madu Lebah Kelulut keluaran
Syamille Agro Farm ini adalah sememangnya makanan sunnah ini halalan toyyiban,
asli dari ladang dan sangat berkesan mencegah, merawat dan menyembuh pelbagai
penyakit. Di samping itu, semua madu kelulut keluaran Syamille Agro Farm juga
akan dibacakan dengan 30 juzuk Al-Quran diikuti dengan doa-doa berkaitan oleh
guru-guru dan pelajar-pelajar ma'had tahfiz yang saya ceritakan sebelum ini.
Faktor ini menambah keyakinan saya dan suami untuk menggunakan Madu Lebah
Kelulut keluaran Syamille Agro Farm sebagai makanan sunnah dalam penjagaan
kesihatan kami.
Sejak itu, menjadi rutin kami sekeluarga untuk mengambil
sesudu Madu Lebah Kelulut keluaran Syamille Agro Farm pada waktu pagi dan malam
sebelum tidur. Alhamdulillah, amalan ini sebagai langkah mencegah dan merawat
beberapa masalah kesihatan yang kami hadapi seperti asma, suami yang menghidapi
masalah tonsil dan resdung, sebagai makanan kesihatan untuk membina kekuatan
tubuh badan, mencergaskan minda dan membantu mengekalkan kecantikan pada
keseluruhannya.
Saya akan kongsi dengan lebih lanjut lagi berkenaan khasiat
dan manfaat Lebah Madu Kelulut keluaran Syamille Agro Farm ini dalam entri yang
akan datang.
Teruskan membaca ya!
Salam Kasih.