Madu Kelulut SYAMILLE akan berada di dalam PAVILION KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR & WILAYAH (KKLW) di SSDI 2013, MITC, Ayer Keroh, Melaka. Temui kami di sana. Jemput datang beramai-ramai. InsyaAllah.
Showcase
Satu Daerah Satu Industri (SDSI) merupakan satu program tahunan yang
dianjurkan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri
(MITI). Ia mula diperkenalkan pada tahun 2006 yang menjadi pemeran
tahunan terbesar menghimpunkan produk/ perkhidmatan SDSI dari seluruh
Malaysia. Program ini menjadi platform terutamanya kepada Perusahaan
Kecil Sederhana (PKS) untuk mempromosikan keluaran mereka di peringkat
domestic dan antarabangsa. Selain tujuan promosi, pameran SDSI ini
dapat meningkatkan imej produk SDSI serta member pendedahan kepada orang
ramai bahawa keluaran SDSI adalah berpontei dan berkualiti. Selain itu,
ia juga dapat mewujudkan serta memperluaskan rantaian perniagaan di
antara usahawan SDSI dengan pembeli, pengedar, stokis dan pelbagai
jaringan yang boleh dimanfaatkan. Ini dapat membantu usahawan dan bakal
usahawan untuk menambah ilmu serta memperkembangkan lagi perniagaan
mereka.
Pameran
yang telah berlangsung 8 kali sejak diperkenalkan ini semuanya
dilangsungkan di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) . Showcase
SDSI pada tahun 2013 telah selesai diadakan pada 29hb November – 1hb Disember 2013 di MITC, Melaka. Program 3 hari itu terdiri daripada 6 program/aktiviti iaitu :-
Pameran dan Jualan
Seminar Keusahawan
Business Matching
Klinik Usahawan
Menu Malaysia
Aktiviti Tarikan Pengunjung
Pertandingan SDSI
Banyak
perkara menarik di sana antaranya tempat pameran yang disediakan.
Berbeza dengan pameran-pameran lain, Showcase SDSI ini berkonsepkan
pameran usahawan mengikut negeri di mana setiap negeri akan mendirikan
pavilion berdasarkan kreativiti negeri masing-masing. Setiap pavilion
menempatkan antara 10-30 usahawan SDSI terpilih dari negeri
masing-masing. Selain pavilion negeri, agensi-agensi Kerajaan berkaitan
seperti Jabatan Perdana Menteri, Felda, Kementerian Pertanian dan Asas
Tani serta beberapa agensi lain juga menyediakan pavilion yang unik.
Sememangnya pembinaan pavilion yang kreatif dapat menarik minat
pengunjung untuk masuk ke sana. Terdapat banyak pengusaha-pengusaha
kecil sederhana yang mempamerkan produk keluaran syarikat mereka.
Pelbagai produk daripada bahan makanan, pakaian dan kraftangan menjadi
antara produk pameran di pavilion masing. Selain dari mempromosikan
jualan, jualan produk syarikat mereka dilakukan. Bagi memeriahkan lagi
suasana terdapat juga pavilion yang mempersembahkan nyanyian, tarian
serta demonstasi permainan alat tradisional kepada pengunjung.