MADU KELULUT SYAMILLE - TERBAIK UNTUK ANDA

MADU KELULUT SYAMILLE - TERBAIK UNTUK ANDA

We are an established Commercial Beekeeper of Kelulut Bee/Stingless Bee/Trigona Bee in Malaysia, producing the finest grade, high quality honey and propolis products that are rich in anti-oxidants, anti-fungal, anti-bacterial and anti-inflammatory. The honey is light in color with delicious sweet & sour fruit taste. These honey and propolis are naturally suitable to cure illnesses through traditional treatment methods such as diabetes mellifluous, stroke, hepatitis, cancer, hypertension, kidney stones, gout, cough, etc. In terms of nutritional value and benefit, it is very much better than the normal honey.



Pengedar produk Madu Kelulut jenama SYAMILLE dikehendaki untuk seluruh Malaysia. Hubungi PEJABAT KAMI 05-7520209.


Untuk mendapatkan senarai Pengedar yang berdekatan, sila Hubungi PEJABAT KAMI 05-7520209.

Madu Kelulut SYAMILLE akan berada di dalam PAVILION KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR & WILAYAH (KKLW) di SSDI 2013, MITC, Ayer Keroh, Melaka. Temui kami di sana. Jemput datang beramai-ramai. InsyaAllah.




Showcase Satu Daerah Satu Industri (SDSI) merupakan satu program tahunan yang dianjurkan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI). Ia mula diperkenalkan pada tahun 2006 yang menjadi pemeran tahunan terbesar menghimpunkan produk/ perkhidmatan SDSI dari seluruh Malaysia. Program ini menjadi platform terutamanya kepada Perusahaan Kecil Sederhana (PKS) untuk mempromosikan keluaran mereka di peringkat domestic dan antarabangsa.  Selain tujuan promosi, pameran SDSI ini dapat meningkatkan imej produk SDSI serta member pendedahan kepada orang ramai bahawa keluaran SDSI adalah berpontei dan berkualiti. Selain itu, ia juga dapat mewujudkan serta memperluaskan rantaian perniagaan di antara usahawan SDSI dengan pembeli, pengedar, stokis dan pelbagai jaringan yang boleh dimanfaatkan. Ini dapat membantu usahawan dan bakal usahawan untuk menambah ilmu serta memperkembangkan lagi perniagaan mereka.
 
Pameran yang telah berlangsung 8 kali sejak diperkenalkan ini semuanya dilangsungkan di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC)  . Showcase SDSI pada tahun 2013 telah selesai diadakan pada 29hb November – 1hb Disember 2013 di MITC, Melaka. Program 3 hari itu terdiri daripada 6 program/aktiviti iaitu :-
 
    Pameran dan Jualan
    Seminar Keusahawan
    Business Matching
    Klinik Usahawan
    Menu Malaysia
    Aktiviti Tarikan Pengunjung
    Pertandingan SDSI
 
Banyak perkara menarik di sana antaranya tempat pameran yang disediakan. Berbeza dengan pameran-pameran lain, Showcase SDSI ini berkonsepkan pameran usahawan mengikut negeri di mana setiap negeri akan mendirikan pavilion berdasarkan kreativiti negeri masing-masing. Setiap pavilion menempatkan antara 10-30 usahawan SDSI terpilih dari negeri masing-masing.  Selain pavilion negeri, agensi-agensi Kerajaan berkaitan seperti Jabatan Perdana Menteri, Felda, Kementerian Pertanian dan Asas Tani serta beberapa agensi lain juga menyediakan pavilion yang unik. Sememangnya pembinaan pavilion yang kreatif dapat menarik minat pengunjung untuk masuk ke sana. Terdapat banyak pengusaha-pengusaha kecil sederhana yang mempamerkan produk keluaran syarikat mereka. Pelbagai produk daripada bahan makanan, pakaian dan kraftangan menjadi antara produk pameran di pavilion masing. Selain dari mempromosikan jualan,  jualan produk syarikat mereka dilakukan.  Bagi memeriahkan lagi suasana terdapat juga pavilion yang mempersembahkan nyanyian, tarian serta demonstasi permainan alat tradisional kepada pengunjung.
 




Sumber pencarian lebah kelulut adalah mengumpulkan bahan-bahan yang diperlukan untuk kehidupan hariannya seperti berikut:

1. Nektar untuk keperluan tenaga dan penghasilan madu kelulut.
2. Polen untuk keperluan protein dan zat makanan yang lain.
3. Air untuk penyejukkan sarang dan proses metabolisma.
4. Damar, gam dan bahan dari tumbuhan lain untuk sistem pertahanan sarang.
5. Unsur tanah dan pasir sebagai bahan binaan sarang.
6. Ranting dan kulit kayu sebagai struktur binaan sarang.

Nektar adalah cecair manisan yang dihasilkan oleh bunga, daun atau buah-buahan yang diambil oleh haiwan sebagai sumber makanan. Ia juga dikenali sebagai Madu Bunga kerana rasanya manis. Terdapat juga cecair manisan (Honey Dew) yang dihasilkan pada pangkal daun atau tangkai daun seperti Daun Getah Muda dan Daun Akasia.


Contoh pokok di Malaysia yang sesuai dijadikan sebagai koloni dan sumber pencarian makanan oleh lebah kelulut ialah belimbing, kelapa, durian, laici, rambutan, nangka, rambai, manggis, gajus, kundang, akasia, berangan, merbau, jering, longan dan limau.




Alhamdulillah, pada hari Khamis 21/11/13, kami telah membuat lawatan ke Kg. Parit 7, Sekinchan, Selangor, yang juga telah dipilih oleh KKLW sebagai lokasi penternakan lebah kelulut secara komersil di bawah program Desa Lestari, Desa Abad ke 21. Tujuan lawatan adalah untuk berbincang, meninjau dan mengenal pasti kawasan strategik di sekitar kampung untuk menempatkan sarang koloni lebah kelulut.












Di penghujung lawatan, kami dijamu makan masakan kampung termasuk masakan eksotik landak dan pelanduk.

Sedap..tambahan pula kedudukannya di tengah kawasan sawah padi yang terbentang luas.




Alhamdulillah, pada hari Isnin 18/11/13 yang lalu, kami telah membuat lawatan ke Kg. Pasir Gajah, Kemaman, Terengganu, yang juga telah dipilih oleh KKLW sebagai lokasi penternakan lebah kelulut secara komersil di bawah program Desa Lestari. Tujuan lawatan adalah untuk berbincang, meninjau dan mengenal pasti kawasan strategik di sekitar kampung untuk menempatkan sarang koloni lebah kelulut. Kami amat menghargai semangat tinggi penduduk Kg Pasir Gajah yang bersungguh-sungguh dalam menjayakan projek ini, apatah lagi ramai yang memakai t-shirt madu kelulut Syamille semasa lawatan ini.
















Alhamdulillah, kursus ternakan lebah kelulut hari pertama 14/11/13 untuk Program Desa Lestari anjuran Syamille-KKLW di Syamille Agro Farm & Resort Kuala Kangsar telah berjalan dengan lancar. Pada hari ke 2, 15/11/13, para peserta ditunjukkan dan diajarkan kaedah penuaian madu dan propolis kelulut serta penyediaan sarang koloni lebah kelulut. Kursus kali ini dihadiri oleh pegawai-pegawai dari KKLW, FELCRA, RISDA, KEDA, MARA dan SKM.

Klik gambar untuk imej lebih jelas.