MADU KELULUT SYAMILLE - TERBAIK UNTUK ANDA

MADU KELULUT SYAMILLE - TERBAIK UNTUK ANDA

We are an established Commercial Beekeeper of Kelulut Bee/Stingless Bee/Trigona Bee in Malaysia, producing the finest grade, high quality honey and propolis products that are rich in anti-oxidants, anti-fungal, anti-bacterial and anti-inflammatory. The honey is light in color with delicious sweet & sour fruit taste. These honey and propolis are naturally suitable to cure illnesses through traditional treatment methods such as diabetes mellifluous, stroke, hepatitis, cancer, hypertension, kidney stones, gout, cough, etc. In terms of nutritional value and benefit, it is very much better than the normal honey.



Pengedar produk Madu Kelulut jenama SYAMILLE dikehendaki untuk seluruh Malaysia. Hubungi PEJABAT KAMI 05-7520209.


Untuk mendapatkan senarai Pengedar yang berdekatan, sila Hubungi PEJABAT KAMI 05-7520209.

PERAKNEWS
Monday, 18 March 2013



Lokasi resort yang dibina tanpa mengganggu keindahan alam semulajadi yang disediakan oleh Syamille Agrofarm & Resort pasti akan menjanjikan pengalaman percutian yang menakjubkan bagi para pengunjung dan juga pencinta alam semulajadi.

Terletak di pinggir kaki bukit Kati,Kuala Kangsar Perak, Syamille Agrofarm yang telah ditubuhkan pada tahun 2004 oleh Zainuri Idrus 48, pada asalnya ia hanyalah sebuah kawasan untuk membina sekolah Tahfiz tetapi usaha tersebut telah terbantut berikutan beberapa kekangan yang menjadikan usaha itu tergendala.

“Setelah usaha untuk membina tahfiz itu tergendala, saya meneruskan usaha membangunkan kawasan tersebut dengan membina pusat ternakan kambing dimana bermula dengan hanya menternak 100 ekor kambing dan jumlah itu telah meningkat kepada 2000 ekor, dan kami terpaksa mengurangkan kuantiti kambing dengan menghantar 90 peratus daripadanya ke Perlis kerana keluasan kawasan ternakan yang terhad dan meninggalkan 60 ekor kambing sahaja,” katanya.

Zainuri berkata, kini selepas tujuh tahun projek untuk membina Ma’ahad tahfiz Annuri tersebut telah pun siap dibina dan terdapat 18 orang pelajar keseluruhannya buat masa ini.

Beliau berkata demikian selepas menerima kunjungan daripada Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambri Abd Kadir baru-baru ini.

Beliau juga berkata ternakan kambing yang masih dipelihara di ladang ini akan digunakan untuk para pengunjung yang datang untuk mengadakan aktiviti BBQ serta sebagai menu utama di restorannya di resort ini.

Selain dari penginapan chalet, Syamille juga ada menyediakan beberapa aktiviti seperti Tinjau Burung, Fotografi Semulajadi, Lawatan mengeilingi Agrofarm, ‘Jungle Tracking ke Air Terjun Lata Perahu, aktiviti riadah bersama pelajar Ma’ahad berkenaan dan juga dewan untuk seminar dan kursus.

“Sungai semulajadi, hutan dara, air terjun, serta kehijauan dan keheningan alam flora dan fauna pasti akan membuatkan pengunjung yang hadir merasa gembira dan tenang kerana lokasinya juga terletak jauh dari kesibukan kota,” katanya.

Disamping merehatkan badan dan fikiran, pengunjung akan dapat rasa bagaimana keaslian dan ketulenan madu lebah kelulut yang dihasilkan dari sari bunga yang kaya dengan khasiat antioksidan yang sangat berguna dalam bidang perubatan dan kesihatan untuk penyakit-penyakit kronik.

“Penternakan Komersial lebah kelulut secara besar-besaran merupakan aktiviti utama yang unik dan menarik perhatian kepada setiap pengunjung yang datang untuk bercuti dan menghabiskan masa lapang disini,” katanya.

Pengunjung yang berhasrat untuk merasai pengalaman percutian yang menenangkan di Syamille Agrofarm & Resort ini bolehlah menghubungi pejabat mereka ditalian 05-7520209 ataupun eksekutif pemasaran Cik Fazrina di talian 019-5045886.


Leave a Reply