MADU KELULUT SYAMILLE - TERBAIK UNTUK ANDA

MADU KELULUT SYAMILLE - TERBAIK UNTUK ANDA

We are an established Commercial Beekeeper of Kelulut Bee/Stingless Bee/Trigona Bee in Malaysia, producing the finest grade, high quality honey and propolis products that are rich in anti-oxidants, anti-fungal, anti-bacterial and anti-inflammatory. The honey is light in color with delicious sweet & sour fruit taste. These honey and propolis are naturally suitable to cure illnesses through traditional treatment methods such as diabetes mellifluous, stroke, hepatitis, cancer, hypertension, kidney stones, gout, cough, etc. In terms of nutritional value and benefit, it is very much better than the normal honey.



Pengedar produk Madu Kelulut jenama SYAMILLE dikehendaki untuk seluruh Malaysia. Hubungi PEJABAT KAMI 05-7520209.


Untuk mendapatkan senarai Pengedar yang berdekatan, sila Hubungi PEJABAT KAMI 05-7520209.


Peserta solo Kelulut Walk 2016 yang dikenali sebagai Pak Sabri telah tiba dan menginap di Syamile Agrofarm & Resort Kuala Kangsar Perak pada petang Selasa 18 Okt 2016. Pada pukul 7.15 pagi keesokkannya, Rabu 19 Okt 2016, majlis pelepasan Pak Sabri bagi meneruskan misi berjalan kaki dari Syamille Agrofarm Kuala Kangsar menuju ke Changkat Jering, Taiping telah berlangsung dengan lancar dan begitu meriah. Majlis yang bersejarah ini turut dihadiri oleh ADUN Chenderoh YB Hj. Zainun bin Mat Noor. Selamat maju jaya kepada Pak Sabri.


















Siri perjalanan Pak Sabri menjelajah negeri Perak bagi menjayakan misi Kelulut Walk 2016 telah pun bermula. Seperti yang dijadualkan, Pak Sabri dijangka tiba di Syamille Agrofarm pada 18 Oktober 2016 dan keesokkannya pada 19 Oktober 2016 meneruskan perjalanannya bermula dari Syamille Agrofarm Kuala Kangsar ke Changkat Jering sejauh 40km. In shaa Allah.










KEMAMAN – Pejalan kaki kebanggaan Kemaman, Sabri Ali, 54, sekali lagi akan mengangkat nama daerah ini dan Terengganu di mata masyarakat luar menerusi Program Kelulut Walk 2016 yang pelepasannya akan disempurnakan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani merangkap Ahli Parlimen Kemaman, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek pada hari ini di Taman Botani Negara, Shah Alam.

Diangkat sebagai Duta Kelulut Walk oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA), Sabri kali ini akan berjalan sejauh 2,000 kilometer (km) merentasi 14 negeri dalam tempoh 50 hari sekaligus bakal memperbaharui rekod yang diciptanya dua tahun berturut-turut sebelum ini.

Dalam misi berjalan kakinya pada 2014 dan tahun lalu, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Rumah Awam Kos Rendah (RAKR) Bukit Kuang  yang popular dengan panggilan nama Pok Sabri itu hanya berjalan menjelajah Semenanjung Malaysia namun dalam Program Kelulut Walk, dirinya akan turut merentasi Sabah dan Sarawak dan mengatasi jarak perjalanan 1,700km pada 2014 dan 1,640km pada 2015.

Juruteknik Eastern Steel Sdn Bhd itu yang menjadi testimoni kepada khasiat kelulut untuk kesihatan dan kecergasan dijangka akan menamatkan misi pada 4 Disember dan ketibaannya di Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS) akan disambut sendiri oleh  Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Lebih manis, sejurus berakhir misi itu beliau juga akan menerima sijil pengiktirafan Malaysia Book of Records kerana menjadi pejalan kaki solo merentasi seluruh Malaysia seterusnya memakbulkan doanya memahat nama anak Kemaman dalam rekod negara.

Dapat rasai perbezaan ketara lepas amal madu kelulut, Sabri berkata, pengalaman dalam dua misi berjalan kakinya sebelum ini akan dimanfaatkannya sepenuhnya untuk memperkenalkan khasiat madu kelulut kepada masyarakat di samping akan mempromosikan Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Antarabangsa (Maha) 2016 dengan kaedah menarik bagi membalas kepercayaan yang diberikan MOA terhadapnya.


“Saya mula amalkan pengambilan madu kelulut sebagai makanan kesihatan tambahan pada misi berjalan kaki tahun lalu dan hasilnya sangat mengagumkan. Saya dapat rasai perbezaan ketara antara misi pertama dan kedua.


Baru-baru ini telah diadakan kursus ternakan kelulut khusus bagi pihak KEJORA (Lembaga Kemajuan Johor Tenggara) di Syamille Agrofarm, Kuala Kangsar, Perak. Para peserta terdiri dari pegawai dan penternak kelulut di bawah naungan KEJORA. Semoga segala perancangan berjalan dengan lancar dan selamat maju jaya. In shaa Allah.