MADU KELULUT SYAMILLE - TERBAIK UNTUK ANDA

MADU KELULUT SYAMILLE - TERBAIK UNTUK ANDA

We are an established Commercial Beekeeper of Kelulut Bee/Stingless Bee/Trigona Bee in Malaysia, producing the finest grade, high quality honey and propolis products that are rich in anti-oxidants, anti-fungal, anti-bacterial and anti-inflammatory. The honey is light in color with delicious sweet & sour fruit taste. These honey and propolis are naturally suitable to cure illnesses through traditional treatment methods such as diabetes mellifluous, stroke, hepatitis, cancer, hypertension, kidney stones, gout, cough, etc. In terms of nutritional value and benefit, it is very much better than the normal honey.



Pengedar produk Madu Kelulut jenama SYAMILLE dikehendaki untuk seluruh Malaysia. Hubungi PEJABAT KAMI 05-7520209.


Untuk mendapatkan senarai Pengedar yang berdekatan, sila Hubungi PEJABAT KAMI 05-7520209.



20 Disember 2015

ALLAH berfirman: "Dan Tuhanmu mewahyukan kepada lebah: “Buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di pohon-pohon kayu, dan di tempat-tempat yang dibikin manusia. Kemudian makanlah dari tiap-tiap (macam) buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan (bagimu). Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan bagi manusia." (Surah An-Nahl: 68-67)

Sesetengah orang menganggap madu bukan makanan menyihatkan kerana ia mengandungi gula, khususnya fruktos. Namun sejauh mana kebenaran kepercayaan mereka dengan membaca keseluruhan artikel ini.

Golongan tersebut mungkin terperangkap dalam pemikiran nutritionism yang percaya makanan adalah jumlah pelbagai nutrien dalam sesuatu makanan. Makanan sebenar adalah mengandungi pelbagai bahan, yang sesetengahnya diketahui manakala sesetengahnya masih menjadi misteri.

Buah-buahan dan bunga bukan sekadar kantung yang penuh dengan fruktos. Sungguhpun fruktos dikaitkan dengan beberapa masalah kesihatan dalam keadaan tunggal, makanan semula jadi yang mengandunginya memiliki aktiviti biologi berbeza.

Pembuatan madu oleh lebah madu bermula dengan kunjungan lebah madu pada bunga dalam persekitaran kehidupannya untuk mengumpul nektar. Nektar yang dikenali sebagai madu bunga merupakan cecair kaya gula terdapat pada bunga yang biasa dihidap oleh lebah dan serangga lain.

Monosakarida

Di dalam perut lebah, sukros nektar diubah oleh enzim kepada dua monosakarida bebas iaitu glukos dan fruktos. Ia merupakan dua komponen karbohidrat utama madu. Selain itu masih terdapat sukros dan beberapa jenis gula lain pada kadar yang rendah.
Komposisi glukos dan fruktos serta kandungan fitokimia madu dikatakan bergantung kepada sumber nektar. Jenis bunga yang berbeza menghasilkan komposisi glukos dan fruktos serta kandungan fitokimia yang berbeza.

Madu merupakan bahan super tepu di mana kandungan gulanya lebih tinggi berbanding kandungan air (hingga 20 peratus). Pada suhu bilik kebanyakan jenis madu dikatakan akan menyebabkan glukos membentuk mendakan berhablur. Ia menjadikan madu berubah kepada larutan separuh padu terdiri daripada mendakan hablur glukos dalam larutan fruktos dan bahan lain. Umumnya, madu mengandungi 82 peratus gula dalam bentuk berat, separuh daripadanya adalah fruktos (38 peratus jumlah berat). Kandungan glukos, maltos dan sukros pula masing-masing 31, 7 dan 1.3. Manaka jenis gula lain 1.5 peratus, yang mengandungi bahan tidak diketahui sehingga 3.2 peratus. Kelikatan madu bergantung kepada suhu dan kandungan air. Semakin tinggi suhu dan kandungan air maka madu menjadi semakin cair. Komposisi madu dikatakan tidak memberi kesan kepada kelikatan, kecuali pada beberapa jenis.

Kepercayaan orang bahawa madu asli tidak membentuk mendakan hablur gula pada suhu bilik agak sukar untuk diterima. Terdapat beberapa jenis madu yang mudah membentuk hablur setelah beberapa minggu diperah daripada sarang lebah. Kadar penghabluran dipengaruhi beberapa faktor terutama kadar gula utama iaitu fruktos dan glukos. Madu yang super tepu dengan kadar glukos tinggi misalnya madu brassica dikatakan membentuk hablur sebaik sahaja diperoleh daripada sarang lebah. Kandungan kadar madu rendah misalnya madu berangan atau tupelo langsung tidak membentuk hablur.

Sesetengah madu membentuk saiz hablur besar tapi pada paras yang rendah dan terdapat madu yang membentuk hablur kecil. Penghabluran juga dipengaruhi oleh kandungan air kerana paras air yang tinggi akan menghalang penghabluran. Begitu juga dengan kandungan dekstrin yang tinggi.

Selain gula, madu juga mengandungi vitamin dan mineral pada paras kelumit. Madu mengandungi pelbagai asid organan. Ia kaya dengan fitokimia bersifat antioksidan. Kandungan relatif glukos dan fruktos boleh berada pada julat yang luas manakala julat indeks glisemik terletak antara rendah dan tinggi iaitu antara 31 – 78 bergantung kepada jenis madu.

Sebuah kajian rawak terkawal yang melibatkan 48 subjek diabetes mendapati mereka yang mengambil madu selama lapan minggu menunjukkan penurunan berat badan, trigliserida dan jumlah kolesterol.  Pada masa sama HDL kolesterol didapati meningkat. Bagaimanapun, paras HbA1c iatu penanda paras glukos darah juga meningkat – tanda tidak baik. Sila semak kajian berjudul Effects of natural honey consumption in diabetic patients: an 8-week randomized clinical trial’ yang terbit dalam International Journal of Food Sciences and Nutrition (2009).

Penyelidik kajian merumuskan kerana peningkatan paras A1C, pengambilan madu ini oleh pesakit diabetes harus dilakukan secara berhati-hati. Sebuah kajian lain yang melibatkan subjek sihat, diabetes dan paras lipid hiper menunjukkan madu meingkatkan paras gula darah kurang daripada dekstros (glukos) dan sukros (glukos dan fruktos). Maksudnya ia masih meningkatkan paras gula darah namun dari segi indeks glisemik ia lebih rendah daripada sukros dan glukos.

Madu didapati menurunkan paras C-reactive protein (CRP) – penanda keradangan. Madu merendahkan paras kolesterol, trigliserida darah dan meningkatkan HDL. Ia juga menurunkan paras homocysteine iaitu penanda darah yang dikaitkan dengan pembentukan pelbagai penyakit. Kajian yang dimaksudkan berjudul Natural honey lowers plasma glucose, C-reactive protein, homocysteine, and blood lipids in healthy, diabetic, and hyperlipidemic subjects: comparison with dextrose and sucrose yang terbit dalam Journal of Medicinal Food (2004).

Antioksidan

Madu murni (tidak diproses menggunakan suhu dan ultra penapisan) mengandungi pelbagai jenis antioksidan yang dipercayai bermanfaat kepada kesihatan. Bahan bersifat antioksidan yang terdapat dalam makanan dikaitkan dengan tahap kesihatan yang lebih baik dan mengurangkan risiko penyakit. Dua kajian melibatkan manusia menunjukkan pengambilan madu buckwheat meningkatkan paras antioksidan dalam tubuh. Kajian yang dimaksudkan berjudul Buckwheat Honey Increases Serum Antioxidant Capacity in Humans yang terbit dalam Journal of Agricultural and Food Chemistry (2003) dan Honey with High Levels of Antioxidants Can Provide Protection to Healthy Human Subjects terbit dalam jurnal yang sama (2003).


Leave a Reply