MADU KELULUT SYAMILLE - TERBAIK UNTUK ANDA

MADU KELULUT SYAMILLE - TERBAIK UNTUK ANDA

We are an established Commercial Beekeeper of Kelulut Bee/Stingless Bee/Trigona Bee in Malaysia, producing the finest grade, high quality honey and propolis products that are rich in anti-oxidants, anti-fungal, anti-bacterial and anti-inflammatory. The honey is light in color with delicious sweet & sour fruit taste. These honey and propolis are naturally suitable to cure illnesses through traditional treatment methods such as diabetes mellifluous, stroke, hepatitis, cancer, hypertension, kidney stones, gout, cough, etc. In terms of nutritional value and benefit, it is very much better than the normal honey.



Pengedar produk Madu Kelulut jenama SYAMILLE dikehendaki untuk seluruh Malaysia. Hubungi PEJABAT KAMI 05-7520209.


Untuk mendapatkan senarai Pengedar yang berdekatan, sila Hubungi PEJABAT KAMI 05-7520209.



Alhamdulillah, pada hari Isnin 18/11/13 yang lalu, kami telah membuat lawatan ke Kg. Pasir Gajah, Kemaman, Terengganu, yang juga telah dipilih oleh KKLW sebagai lokasi penternakan lebah kelulut secara komersil di bawah program Desa Lestari. Tujuan lawatan adalah untuk berbincang, meninjau dan mengenal pasti kawasan strategik di sekitar kampung untuk menempatkan sarang koloni lebah kelulut. Kami amat menghargai semangat tinggi penduduk Kg Pasir Gajah yang bersungguh-sungguh dalam menjayakan projek ini, apatah lagi ramai yang memakai t-shirt madu kelulut Syamille semasa lawatan ini.
















Alhamdulillah, kursus ternakan lebah kelulut hari pertama 14/11/13 untuk Program Desa Lestari anjuran Syamille-KKLW di Syamille Agro Farm & Resort Kuala Kangsar telah berjalan dengan lancar. Pada hari ke 2, 15/11/13, para peserta ditunjukkan dan diajarkan kaedah penuaian madu dan propolis kelulut serta penyediaan sarang koloni lebah kelulut. Kursus kali ini dihadiri oleh pegawai-pegawai dari KKLW, FELCRA, RISDA, KEDA, MARA dan SKM.

Klik gambar untuk imej lebih jelas.


















Lebah Kelulut juga dikenali sebagai Trigona Bee atau Stingless Bee.

Lebah kelulut telah wujud sejak sekian lama dalam eko-sistem beriklim tropika dan sub-tropika. Selain berfungsi sebagai agen pendebungaan yang efektif, lebah kelulut juga memainkan peranan yang penting dari sudut penghasilan produk ubatan asli seperti madu dan propolis untuk tujuan penjagaan kecantikan, meningkatkan kecergasan dan rawatan kesihatan manusia.

Lebah kelulut juga hidup secara berkelompok di dalam sarang (koloni) yang terdiri dari lebah ratu, lebah betina (pekerja) dan lebah jantan (mengawan). Ukurannya kecil sekitar 3 – 8mm tetapi sangat lincah bergerak. Lebah kelulut tidak mempunyai sengatan berbisa, cuma menggigit.

Biasanya spesis lebah kelulut hidup dengan membina sarang (koloni) pada batang pokok atau dahan pokok, dinding atau tiang bangunan dan kedapatan juga spesis lebah kelulut yang membina sarang di dalam tanah.

Secara umumnya, selain Malaysia, lebah kelulut juga boleh dijumpai di beberapa negara di kawasan tropika seperti Amerika Selatan, Afrika, Australia, Indonesia, Thailand, Mynmar, Vietnam dan India.

Aktiviti kajian dan pembangunan produk berasaskan lebah kelulut untuk pengguna di Malaysia boleh dikatakan masih baharu dan masih ramai tidak menyedari tentang kewujudannya.




Alhamdulillah, kursus ternakan lebah kelulut hari pertama 9/11/13 untuk Program Desa Lestari anjuran Syamille-KKLW di Syamille Agro Farm & Resort Kuala Kangsar telah berjalan dengan lancar. Peserta adalah daripada Kg. Pasir Gajah Terengganu, Kg. Sempeneh Batu Kurau dan beberapa peserta persendirian. Pada hari ke 2, para peserta ditunjukkan dan diajarkan kaedah penuaian madu dan propolis kelulut serta penyediaan sarang koloni lebah kelulut. InsyaAllah, kursus berikutnya adalah pada 14 & 15 November 2013.

Klik gambar untuk imej lebih jelas.