MADU KELULUT SYAMILLE - TERBAIK UNTUK ANDA

MADU KELULUT SYAMILLE - TERBAIK UNTUK ANDA

We are an established Commercial Beekeeper of Kelulut Bee/Stingless Bee/Trigona Bee in Malaysia, producing the finest grade, high quality honey and propolis products that are rich in anti-oxidants, anti-fungal, anti-bacterial and anti-inflammatory. The honey is light in color with delicious sweet & sour fruit taste. These honey and propolis are naturally suitable to cure illnesses through traditional treatment methods such as diabetes mellifluous, stroke, hepatitis, cancer, hypertension, kidney stones, gout, cough, etc. In terms of nutritional value and benefit, it is very much better than the normal honey.



Pengedar produk Madu Kelulut jenama SYAMILLE dikehendaki untuk seluruh Malaysia. Hubungi PEJABAT KAMI 05-7520209.


Untuk mendapatkan senarai Pengedar yang berdekatan, sila Hubungi PEJABAT KAMI 05-7520209.



Baru-baru ini, pegawai Jabatan Pertanian Malaysia, Putrajaya iaitu En. Zabidi Dun (Timb. Pengarah) dan En. Christopher John Biai (Ketua Penolong Pengarah) telah membuat lawatan ke Syamille Agro Farm. Turut sama dalam kunjungan tersebut adalah para pegawai dari Pejabat Pertanian Perak. Mereka telah diberikan taklimat dan penerangan terperinci berhubung dengan aktiviti, kaedah dan teknologi penternakan lebah kelulut Syamille. Alhamdulillah, semoga dengan adanya peluang kerjasama di antara pihak Syamille dan Jabatan Pertanian Malaysia, industri ternakan lebah kelulut akan berkembang dengan lebih pesat, selari dengan teknik dan innovasi yang berkesan serta dapat memberikan lebih manfaat kepada rakyat Malaysia. InsyaAllah.











Coretan oleh blogger Pisau Belati 

Friday, 21 March 2014

MADU KELULUT ASLI 

Saya nak berkongsi pengalaman menggunakan Madu Kelulut Original Jenama Syamille dari Kuala Kangsar, Perak. Madu adalah makanan terbaik sejak zaman Rasulullah lagi. Saya ada masalah gout dan pada tahun 2013 boleh dikatakan setiap bulan saya akan kena serangan gout. Tak boleh nak kawal makanan menyebabkan saya kena serangan.

Lebih kurang bulan November 2013, jiran saya yang juga adalah masalah gout sarankan saya untuk mencuba madu kelulut. Katanya abangya yang ada masalah gout dan apabila menggunakan madu kelulut telah tidak lagi kena serangan gout. Saya pun mula membuat sedikit research dan bertemulah dengan Madu Kelulut Syamille.

Sejak saya menggunakan sekilo madu ini, Alhamdulillah saya tidak lagi kena serangan gout mulai bulan Disember 2013 sehinggalah sekarang. Saya yakin bahawa madu ini asli kerana semasa di kampong saya pernah mencari madu kelulut dan merasanya dan saya dapati rasa dan tekstur adalah ori.

Saya juga gunakan madu ini untuk anak-anak saya yang batuk, berkahak dan berhingus dan Alhamdulillah apabila minum mereka sembuh. Ini semua dengan izin Allah juga. Sekarang saya sekeluarga menggunakan madu ini dan menyimpan stok yang banyak kerana madu asli tidak mempunyai tarikh luput. Jika nak tahu lebih mengenai produk ini boleh ke http://kelulutmalaysia.blogspot.com/.




Alhamdulillah, kursus ternakan lebah kelulut khusus untuk kakitangan dan warga FELCRA Bhd telah berjaya dilaksanakan pada 14 hingga 16 Mac 2014 bertempat di Syamille Agro Farm & Resort Kuala Kangsar, Perak.

Peserta terdiri daripada pegawai-pegawai Felcra yang diketuai oleh Tn. Hj. Mohd Fauzi b. Mohd Tahir, Pengurus Besar Kumpulan Hal Ehwal Peserta dan Tn. Hj. Mohamad b. Abd Rahman, Pengurus Besar Keusahawanan, serta pegawai-pegawai wilayah dan wakil Koperasi Rancangan dari Felcra Tebing Tinggi Johor, Felcra Lekir Perak, Felcra Bukit Sedanan Melaka, Felcra Lubuk Sireh Perlis dan Sri bayu Inn Langkawi.

Sebagai perintis, para peserta telah diberikan ilmu asas menternak kelulut dan ditunjukkan kaedah sebenar penghasilan madu dan propolis serta teknik penyediaan sarang koloni lebah kelulut. Nampaknya semua peserta berasa sangat teruja, yakin dan bersemangat. Adalah diharapkan agar projek ternakan lebah kelulut ini akan dapat dimulakan dalam masa yang terdekat dan seterusnya mencapai kejayaan. Insya-Allah.

Klik pada gambar untuk imej lebih jelas.


Teknik Penuaian Madu dan Propolis
Teknik Pembuatan Sarang Koloni Lebah Kelulut




Merasai dan Menikmati Madu Kelulut Terus Dari Sarang.




Ucapan oleh Tn. Hj. Mohd Fauzi b. Mohd Tahir, Pengurus Besar Kumpulan, Felcra.

Penyampaian Sijil Kursus oleh Hj. Zulkifli kepada Tn. Hj. Mohd Fauzi.









Rombongan guru dan pelajar Program Integrasi Pendidikan Khas, SMK Doktor Burhanuddin, Taiping, Perak telah datang melawat sambil belajar ke Syamille Agrofarm & Resort. Program Pendidikan Khas adalah satu program pendidikan yang disediakan secara khusus untuk murid-murid yang mengalami masalah pembelajaran, masalah pendengaran dan masalah penglihatan. Pelajar-pelajar nampak begitu gembira sekali kerana berpeluang melawat sekitar kawasan resort khususnya dapat mengenali dengan lebih dekat lagi tentang lebah kelulut dan madu kelulut.