Pada 19 April 2013 yang lalu, pihak kami dapat mengesan satu kumpulan sindiket penipuan yang membuat kutipan sumbangan wang di sekitar negeri Perak dengan menggunakan nama Pusat Tahfiz Al-Quran kami di Syamille Agro Farm iaitu Ma'had Tahfiz An-Nuri. Dengan ini, kami menyeru orang ramai agar tidak terpedaya kerana kami tidak pernah memberi kebenaran kepada mana-mana pihak untuk membuat kutipan sumbangan atas nama pusat tahfiz kami. Di bawah ini salinan laporan polis yang telah kami buat sejurus mengetahui perkara ini. Harap maklum.
![]() |
Klik pada gambar untuk imej lebih jelas. |