MADU KELULUT SYAMILLE - TERBAIK UNTUK ANDA

MADU KELULUT SYAMILLE - TERBAIK UNTUK ANDA

We are an established Commercial Beekeeper of Kelulut Bee/Stingless Bee/Trigona Bee in Malaysia, producing the finest grade, high quality honey and propolis products that are rich in anti-oxidants, anti-fungal, anti-bacterial and anti-inflammatory. The honey is light in color with delicious sweet & sour fruit taste. These honey and propolis are naturally suitable to cure illnesses through traditional treatment methods such as diabetes mellifluous, stroke, hepatitis, cancer, hypertension, kidney stones, gout, cough, etc. In terms of nutritional value and benefit, it is very much better than the normal honey.



Pengedar produk Madu Kelulut jenama SYAMILLE dikehendaki untuk seluruh Malaysia. Hubungi PEJABAT KAMI 05-7520209.


Untuk mendapatkan senarai Pengedar yang berdekatan, sila Hubungi PEJABAT KAMI 05-7520209.

Alhamdulillah.. Terima kasih diucapkan kepada pihak RISDA terutama kepada Hjh. Halimah Abd Kadir, Pengarah, Bahagian Pembangunan Usahawan RISDA KL bersama pegawai-pegawainya yang telah sudi datang melawat ke Syamille Agrofarm bagi meninjau aktiviti ternakan lebah kelulut dan lain-lain. Semoga usaha sama yang telah dirancang akan berjalan dengan lancar. In shaa Allah.










Tahniah kepada Koperasi Kesedar Paloh 1. Semoga usaha bersama Syamille Agrofarm dalam program ternakan kelulut Desa Lestari KKLW akan berterusan dan beroleh manfaat. In shaa Allah.


Sinar Harian. 7 April 2016.

PALOH - Program Desa Lestari Kesedar Paloh 1, mampu dijadikan model kepada perkampungan Kesedar lain dalam inisiatif mencari peluang pekerjaan kepada penduduk setempat.

Pengerusi Koperasi Penduduk Desa Lestari Kesedar Paloh 1, Mahamad Napi Mat Nasir berkata, Kesedar Paloh dipilih Kementerian Kawasan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) untuk melaksanakan projek Desa Lestari.

“Pada 2013, kita menubuhkan koperasi yang melibatkan 271 peneroka di sini. Sepanjang penubuhan itu, kita berjaya memberi manfaat dengan membuka banyak ruang pekerjaan kepada warga peneroka.

“Peruntukan yang diperoleh membolehkan kita menguruskan perniagaan madu kelulut yang mampu memberi pulangan baik kepada ahli. Secara purata, lebih RM5,000 daripada hasil kelulut dapat disalurkan ke tabung koperasi dalam tempoh sebulan," katanya.

Katanya, melihat kepada penerimaan pelanggan dan dengan bantuan Kesedar, pihaknya optimis kelulut yang diusahakan akan bertambah kepada ratusan koloni yang mana pada ketika ini sebanyak 80 koloni telah diperoleh.

"Sebanyak 50 koloni diperoleh daripada kementerian, manakala sebanyak 30 koloni diperoleh melalui inisiatif kita sendiri," katanya ketika ditemui di Bukit Kelulut, Paloh 1, di sini.





Alhamdulillah, majlis penyerahan surat hasrat berkaitan kerjasama penternakan kelulut dan pembangunan produk hiliran telah berjalan dengan lancar. Pihak Politeknik Sultan Abdul Halim Muad’zam Shah (POLIMAS), Jitra, Kedah telah diketuai oleh Pengarah Polimas, Mejar (Kehormat) Asmara bt Sulong, Timbalan Pengarah Akademik POLIMAS, En. Bakri Baharom dan Ketua Unit Keusahawanan POLIMAS, Tn. Hj. Mat Hassan. Semoga kerjasama di antara POLIMAS dan Syamille akan memberi manfaat kepada semua yang terlibat. In Shaa Allah.







Peserta Kembara Media 1Malaysia 2014 melihat projek madu kelulut yang diusahakan oleh Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Pasir Gajah di Kampung Pasir Gajah, Kemaman.


Tahniah dan selamat maju jaya kepada pengusaha ternakan kelulut Koperasi JKKK Pasir Gajah, Kemaman. Semoga usaha bersama Syamille Agro Farm mencapai kejayaan.

Kembara Media 1Malaysia 2014 yang diadakan di Terengganu selama empat hari bermula 18 Oktober 2014 berjaya mencapai objektif penganjuran program.

Program yang disertai 22 pengamal media termasuk dari Sabah dan Sarawak bermula di Kemaman dengan majlis pertemuan dan makan tengah hari bersama Pegawai Daerah Kemaman, YBhg Dato’ Mustaffa Khalid di kediaman beliau di Cukai, Kemaman.

Selepas sesi bersama Pegawai Daerah, peserta bergerak ke Kampung Pasir Gajah, Kemaman untuk melawat projek madu kelulut yang diusahakan oleh Koperasi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Pasir Semut dan projek pemuliharaan tuntung yang dikendalikan oleh penduduk kampung.